𝟝𝟜 | 𝔸𝕐𝔻𝔼𝕃𝔸𝕀ℕ𝔼

1.8K 136 43
                                    

Sepanjang di hospital, Elaine lebih banyak mendiam kan diri sehingga Ayden buntu apa lagi cara untuk memujuk isterinya. Akhirnya dia mengalah dan menggunakan talian hayat iaitu Emir Dzihan.

"Bang, tolong aku adik kau ni keras betul hati dia sampai dah discharge pun tak nak bercakap dengan aku." Emir diam membisu.

'Sudah adik beradik buat perangai sama.'

"Bukan aku tak nak tolong kau Ayden, aku pun sama dia tak layan." Kedua-duanya mengeluh berat.

Suasana kali ini sangat berbeza buat dua keluarga ini, memandangkan Elaine masih lagi dengan perang dingin nya bersama Ayden. Walaupun tempat duduk Elaine di sebelah suaminya, keadaan kini jauh beza sewaktu mereka berangkat ke Turkey sebulan yang lalu.  Bermacam cara sudah di cuba tetapi masih lagi gagal. Hampir putus asa Ayden untuk memujuk isterinya.

"Sayang, nak dengar pickup line dari abang tak?"

DIAM. Elaine melepaskan pandangannya keluar.

"Biasa diam ni tandanya setuju. Sayang dengar ni apa beza sayang dengan subjek sejarah?" Memang idea tiba-tiba muncul pakcik Oyen. Tak apalah yang penting demi memikat hati bidadarinya dia cuba juga la buat pickup line.

"Tak tahu?" Dia pandang sekilas wajah isterinya. Elaine masih diam membisu.

"Beza sayang adalah subjek sejarah adalah masa lalu tapi sayang masa depan abang."

"Tak sweet eh? Haa tak apa lah. Sayang tidur lah. Abang tak nak kacau sayang dah." Ayden menyerah. Ayden memeluk tubuh lalu dia pejam kan mata seketika.

'Sorry cukcam. Sayang tak tahu kenapa sayang tak boleh dekat dengan cukcam.' Elaine mengerling ke arah suaminya yang sudah lena.

"Saya tak nak pegang awak. Panggil umi." Ayden mengeluh berat walaupun sakit dia turut kan jua permintaan isterinya. Terdiam Ayden bila itu yang keluar dari mulut isterinya.

Julia Fendi membawa Elaine pulang ke rumahnya untuk berehat. Elaine mengusir Ayden keluar supaya dia boleh bersendiri di rumah. Siapa yang sanggup berbulan lama nya melihat isteri terlantar di hospital dan apabila sedar sedikit pun tidak mahu melihat wajah suami apatah lagi menyentuhnya.

"Saya tak nak awak ada di sini. Tolong keluar atau balik ke rumah mummy awak." Sebaris ayat yang keluar dari bibir isterinya benar-benar merobek hati Ayden.

"Sayang kenapa macam ni? Tak apa lah. Sayang duduk sini jaga diri baik-baik ya. Abang maafkan semua silap sayang. Kalau sayang dah tenang, telefon abang ya sayang. Abang rindu isteri abang tapi mungkin abang silap. Tak apa abang terima semua, janji sayang cepat sihat ya." Elaine sangkakan suaminya akan pergi meninggalkan dirinya sendirian rupanya dia tidur di bilik tetamu di tingkat bawah. Ciuman ringkas sempat mendarat di dahi Elaine.

Elaine menutup rapat matanya. Sesaat air matanya mengalir.

 Sesaat air matanya mengalir

Oops! This image does not follow our content guidelines. To continue publishing, please remove it or upload a different image.
MY AYDEN DARHWISH [C]Where stories live. Discover now