𝟝𝟛 | 𝔸𝕐𝔻𝔼𝕃𝔸𝕀ℕ𝔼

1.8K 131 36
                                    

Mengimbas kembali ketika mereka menerima berita keadaan Elaine. Semua orang berdebar menunggu keputusan daripada doktor.

"Ayden, tidak ada yang Allah jauhkan dan dekatkan melainkan di situ ada kebaikan. Dan tidak ada pula yang Allah tundakan atau batalkan melainkan di situ juga ada kebaikan." Julia Fendi berdiri di sebelah menantunya sedang menyaksikan doktor berhempas pulas menyelamatkan Elaine di wad kecemasan.

"Terima kasih umi. Ayden minta maaf sebab tak dapat jaga Dahlia dengan baik. Salah Ayden sebab ego Ayden." Dia tunduk kesal dengan perbuatannya dulu.

"Sudah jangan salah kan diri sendiri lagi. Ayden muncul dalam hidup Lia, umi nampak banyak sangat perubahan pada diri dia yang sudah mula ceria. Dia sangat sayang kan Ayden." Ujar Julia. Terus merembes air matanya mengalir.

"Ayden sangat mencintai dia umi. Dia segalanya buat Ayden." Julia memeluk menantunya supaya bersabar dia juga yakin Elaine akan sembuh.

Jantung Elaine tiba-tiba bergedup laju. Doktor sendiri terkejut dengan perubahan drastik daripada Elaine.

Air mata Ayden terus mengalir.

"Ya Allah, aku ampunkan segala dosa isteriku sama ada yang jelas atau yang tersembunyi. Kau permudahkan urusan kami Ya rabb. Selamatkan isteriku. Berilah aku peluang untuk melindungi, memimpin dan menjaganya sepenuh hati aku." Air mata yang mengalir diseka setelah dia redha dengan ketentuan Ilahi. Mungkin setakat ini sahaja hubungan dia dan Elaine Dahlia.

Ayden terduduk bila wajah doktor yang sedang merawat isterinya seperti sudah pasrah.

"May I know who is her husband?" Doktor menyapa.

"Syukur Alhamdulillah. Everything was perfect time. She is strong girl." Jawapan doktor itu benar-benar membuatkan jantung Ayden terhenti seketika. Bagaikan mimpi namun dia panjatkan kesyukuran di atas kesembuhan istetrinya dengan izin Allah.

"We will transfer her to another ward so that you guys can check on her since she non stop saying c... cuk....cukcam. I not sure is that a correct pronunciation?" Ayden tertawa kecil mendengar perkataan itu.

"Cukcam doctor. It is correct pronunciation. Sound like Çok guzel." Pecah tawa Ayden seiring senyuman meniti di bibirnya. Dari jauh di melihat tubuh isterinya walaupun masih terbaring namun dia tahu Elaine dengar perbualan kami di luar ini.

Masing-masing saling berpandangan.

"Cukcam tu apa benda ek?" Celah Darius.

"Little bunny, you're so sweet sayang. Comel la sayang abang ni. Tunggu abang sayang. Abang tak sabar nak peluk sayang. Rindu." Omel Ayden sendirian. Matanya masih tertancap di cermin lut sinat melihat isterinya.

"Kau diam la Darius. Itu panggilan bini aku pada aku. Ada masalah ke dengan kau?" Ayden menjeling melihat Darius tidak berhenti mengusiknya.

"Hek eleh cukcam? Apa seh nama pelik-pelik. Adik aku tu normal kahwin dengan kau terus tingtong otak dia." Sindir Darius.

"Ehem!!! Ushuk jangan nak mengata orang lah. Awak punya panggilan lagi teruk tahu tak. Saya ni ha lagi tak rela nak menyebutnya." Suraya memang jarang mencelah tetapi kali ini dia senjaga ingin mengenakan Darius.

"Alah asham. Kenapa bersuara. Itu kan nick name kita dua je. Rahsia!" Wajah Darius merona merah menahan malu.

"Hah! Asham??? Kau bair betul mamat lebih kurang nama aku. Adeh! Elok lagi Dahlia bagi aku nickname berbanding kau. Habis kalau ada anak kau nak tambah apa? Anje? Lol Darius kau ni yang tingtong. Kau yang buat bini aku kuat drama tahu tak!" Bertubi-tubi Ayden membalas. Pecah tawa mereka semua melihat perangai Darius yang kuat drama.

MY AYDEN DARHWISH [C]Unde poveștirile trăiesc. Descoperă acum