𝟚𝟠 | 𝔸𝕐𝔻𝔼𝕃𝔸𝕀ℕ𝔼

2.1K 136 15
                                    

H. KAIN ALER

"Assalamualaikum bestie."

Mesej di hantar.

Sudah sebulan Hazran pergi meninggalkannya. 'Apa kah dia baik-baik sahaja di sana? Eh Lia, kau rindu dia ke? Lain macam eh. Nak rindu bagai.' Omel sendirian.

Rupanya Elaine tidak bertepuk sebelah tangan. Yang di sana juga sedang menahan rindu pada gadis cantik molek ini. Notifikasi telefonnya berbunyi terus di capai tertera nama E. LALA. Adakah kita jodoh Lia, aku baru sahaja fikir pasal kau.

"Waalaikumusalam. Rindu aku ke?"

"Boleh la sikit. Tak banyak pun rindu dia."

"Yeke? Aku tak percaya sebab bukan apa lah kan aku dengar cerita ada orang tu tidur pun letak gambar aku dekat sebelah. Hik.. Hik.. Comel."

"Ish ini mesti kerja abang Emir kan? Benci lah. Tak nak kawan."

"Alolo baby sayang jangan marah."

"Kain aler di beli di gedung jakel, di beli untuk pakai di hari raya, cik Hazran Dayler buah hati cik El, mana mungkin bisa gue marah kalau hati udah cinta."

Tergamam Hazran di buatnya. Satu perangai Elaine yang sukar di jangka apabila dia mula jujur dengan kata-katanya.

"Kalau aku ajak kau kahwin nak tak?"

"Habis Haura? Kesian tak baik buat dia macam tu."

"Aku balik Malaysia aku akan selesaikan semua."

Dia tahu yang Hazran masih marah dengan tindakan Haura tempoh hari. Orang yang paling dia cinta sanggup pergi bertahun-tahun akibat termakan fitnah yang dilemparkan oleh Emma Kay. Dasar makcik sotong tak guna. Memang padan la dengan pakcik Oyen tu. Huh! Elaine mengeluh berat.

"Tamam Hazran bey."

"Tak habis lagi makcik ni dengan Turkey dia. Kahwin je la dengan orang sana. Tak pun kahwin dengan Ayden. Muka dia ala ala orang Europe."

"Daripada aku kahwin dengan dia lebih baik aku kahwin dengan kau. Sudah tentu kau akan jaga aku elok-elok."

"Jangan cakap macam tu. Kau dengan dia tak pernah berbaik ke? Pernah kan? Jangan disebabkan satu keburukan dia habis semua kebaikan yang dia pernah buat pada kau hilang macam tu saja Elaine Dahlia."

Perbualan mereka kali ini begitu luar biasa sehinggakan hati Elaine terasa tenang sekali. Sepertinya setiap masalah yang datang ketika itu, dia dapat menyelesaikan dengan begitu mudah. Dia sangat bersyukur mempunyai sahabat baik seperti Hazran dan dia juga berharap bersahabatan dia dan Hazran akan kekal selamanya.

Sejak mula bekerja di hotel bersama Emir, hari-hari Elaine di penuhi dengan pelbagai aktiviti sehingga dia lupa segala hal yang pernah buat dia sedih

Oops! This image does not follow our content guidelines. To continue publishing, please remove it or upload a different image.

Sejak mula bekerja di hotel bersama Emir, hari-hari Elaine di penuhi dengan pelbagai aktiviti sehingga dia lupa segala hal yang pernah buat dia sedih. Tiba-tiba apa cerita Puan Sofea? Sihat tak dia? Wina dan Tuan Zack pun apa cerita ya?

MY AYDEN DARHWISH [C]Where stories live. Discover now