𝟜𝟟 | 𝔸𝕐𝔻𝔼𝕃𝔸𝕀ℕ𝔼

2.1K 129 29
                                    

Dua hari Elaine di berikan cuti sakit akibat kaki yang terseliuh kerana bermain ice skating. Ayden langsung tidak mengabaikan isterinya sendirian di rumah. Hampir enam bulan mereka mendirikan rumah tangga, baru hari ini Elaine menerima pelawaan Ayden untuk tidur sekatil. Sebelum ini semua kes terpaksa. MUEH MUEH...

"Sayang, bangun sayang. Kita solat subuh sama-sama jom." Kejut Ayden yang masih memeluk tubuh isterinya di sisi.

"Hmm"

"Dahlia... Wake up bunny." Satu ciuman ringkas hinggap di bibir mungil Elaine. Ayden menghadiahkan ciuman buat isterinya.

Celik terus mata Elaine ketika seseorang menyambar bibir mungilnya.

"Cukcam suka kan ambil kesempatan dalam kesempitan. Saya merajuk dengan cukcam Oyen dua saat." Dia memalingkan tubuhnya membelakangkan Ayden.

"Bunny berdosa buat macam tu pada suami. Tak cium bau syurga." Mendengar sahaja ugutan Ayden tiba-tiba satu bunyi kedengaran kuat seiring dengan bau yang agak kurang enak.

'PROTTTTTTT.... GGGGG.... PROTTTTTTT'

"Bunny!!!!! Jahat seh kau ni. Kentut pula dia. Tak senonoh punya bini." Dia menolak lembut tubuh Elaine. Kalau kasar, bunyi healer pula sudah la suara isterinya serupa petir kilat.

"Siapa suruh cium orang tanpa izin. Humhh! Tapikan tak ada bau la cukcam. Kira kentut saya wangi lah. He he he." Gurau Elaine kasar sungguh.

"Kau hutang aku bunny. Tunggu hari pembalasan. Bau ngek! Hidung kau kecil macam tuan dia memang tak masuk lah bau tu. Cis!" Ayden terus bangun meninggalkan Elaine dibilik sendirian. Dia kesat hidungnya beberapa kali.

Misi mengenakan Ayden buat pertama kalinya berjaya. Elaine tersenyum riang bila teringat saat terkentut pagi tadi di hadapan suaminya. Teringat pula sewaktu di dalam kapal terbang dulu, Elaine sakit perut tetapi di tahan oleh Ayden.

Selesai bersihkan diri dan solat berjemaah bersama Ayden, suaminya terus keluar bilik tanpa sepatah kata pun.

'Lah suami kita merajuk ke sebab kita kentut kuat tadi?' Bisik hati Elaine.

"Cukcam... Tunggu lah. Kenapa diam je sejak habis solat tadi. Awak marah sebab saya kentut ke? Bukan busyuk pun." Pujuk Elaine. Dia meranggkul lengan sasa Ayden untuk sesi memujuk.

"Diam lah bunny. Bising je la kau ni." Ayden menepis kuat sentuhan Elaine.

Langkah Elaine terhenti saat mendengar keluhan suaminya. Ayden terus keluar ke taman untuk menyendiri.

Ting!

"Cutiepie! Free tak petang ni. Teman abang cari baju batik untuk umi. Konvokesyen adik kan minggu depan."

"Boleh! Lia minta izin Ayden. Abang Emir datang jemput Lia dekat rumah mummy eh. Kaki Lia tak elok lagi."

Dengan kaki terhenjut-henjut dia berdiri di sebelah Ayden untuk minta izin namun Ayden membiarkan Elaine bercakap sendirian.

"Pakcik Oyen, petang ni saya nak keluar dengan abang Emir. Saya nak cari baju untuk umi pakai sewaktu hari konvokesyen saya." Beritahu Elaine senafas.

DIAM.

"Aku tak izinkan kau pergi!" Ucap Ayden mendatar.

Elaine masih tunduk memandang rumput di taman.

"Nak beli baju umi je pun. Itu pun tak boleh. Ini tak oleh. Ini tak oleh. Apa pun tak oleh." Terangkat-angkat bahu Elaine mengomel.

'Baby kenapa kau comel sangat eh bila membebel. Chill Ayden marah tetap marah. Steady bro!' Bisik hati Ayden.

MY AYDEN DARHWISH [C]Where stories live. Discover now