Bab 1

2.6K 107 5
                                    

"Good morninggg!" Pekik suara yang cukup aku kenali. Baru sahaja masuk ke dalam office dah membuatkan mimpi indahku terhapus begitu sahaja dia ni lah

"What's wrong with you woman? jangan lah kacau aku tidur" marah aku sambil menggosok tubir mata

"Kau tinggal dekat office lagi ke? Uruskan cerita aku dekat Wattpad eh?" teka rakan sekerja meringkup sahabat baikku sambil berjalan ke tempat kerjanya yang berada di sebelah kanan aku.

"Semua salah kau, siapa suruh tulis tu laju sangat macam halilintar dan terus hantar dekat Puan Dayang untuk penyemakkan?" Tuduhku sambil memandang Laura yang sedang meletakkan barang di atas meja

"Aku tak suruh pun kau berjaga semata-mata untuk kejar chapter tu" balas Laura selamba

"Memang lah, tapi nanti kalau lambat nanti versi novel punya dah keluar dulu dan yang versi Wattpad punya masih dalam progress kan tak syok tu. Dah lah kau tu nak launch kan dalam tarikh yang sama untuk dua-dua punya version" bebel aku.

Apalah nasib aku dapat partner yang sekali dapat idea untuk novel jadi terus berdesup menulis bagaikan tiada hari esok. Langsung tak tunggu aku yang kelam kabut menulisnya dalam versi atas talian ni.

Writer Jet atau lebih mudahnya ialah syarikat pernerbitan novel yang aku sedang berkerja ini sudah mengaturkan semuanya. Dimana penulis asal akan terus memikirkan idea untuk novel dan akan dicetak untuk stock pasaran, manakala partner yang sudah ditentukan akan membantu mereka menulis untuk bahagian atas talian. Walau bagaimanapun, penulis mempunyai hak untuk membuat keputusan sama ada mahu menerbitkan ceritanya ke dalam bentuk naskah atau buku digital ataupun kedua-duanya sekali. Saling bantu membantu itu adalah konsep mereka, contohnya seperti aku yang sedang membantu Laura menguruskan cerita nya di app bernama Wattpad itu dan pada masa akan datang pula Laura yang perlu membantu aku untuk menuliskan cerita aku di aplikasi yang sama. Tetapi untungnya Laura sebab aku jarang menerbitkan buku dalam app itu, jadi dia hanya perlu membantu aku untuk memberi idea dan beberapa pandangan. Senang bukan kerja dia ni? Ya, memang pun.

"Meh lah aku sambung untuk kau, kesian dia ye" tawar Laura dengan suara yang meleret sambil melangkah semula ke arah meja aku

"Hah bagus lah, aku nk masuk rest room kejap. Nak tidur" aku bingkas bangun dan berjalan ke arah rest room yang bersebelahan dengan surau perempuan pejabat ini.

"Have a nice dream babe" ucap Laura sambil melambai-lambaikan tangannya ke arah aku.

Selepas 2 jam aku berehat dan membersihkan diri, aku terus keluar menuju ke arah kantin office. Sukanya aku berkerja di sini sebab tak payah rajinkan kaki berjalan keluar dari kawasan office hanya sekadar untuk mencari makan. Di sini sudah disediakan tempat untuk pekerja membeli makanan dan menjamu selera, jadi tak perlu lagi keluar keluar dari office ini lagi. Makanan dia pun sama sedapnya macam dekat kedai makan biasa dan paling penting tak perlu kejar masa untuk balik ke tempat kerja semula.

Dari jauh lagi aku sudah nampak kelibat wanita halilintar itu sedang menyantap pinggan yang berisikan nasi dan lauk pauk.

"Bila kau nak launch buku tu?" Soalan diajukan sebaik sahaja aku mendekati dirinya

"Dua hari lagi" balas Laura selamba menyambung suapannya setelah melihat kedatangan aku di hadapannya

"Wattpad punya versi belum siap lagi tau, kau biar betul Laura?" Aku terkejut dengan jawapan yang baru sahaja keluar dari mulut wanita ini. Bukan dia tak tahu yang aku baru tulis separuh jalan ish

"Don't worry lah, aku dah tolong kau waktu tidur tadi. Nanti kau tinggal settle kan bahagian sebelum ending sampai ending dia je" kata Laura menenangkan aku sebagai partner dan sahabat terbaik dia pada abad ini

Belongs to Him [C]Where stories live. Discover now