Bab 38

405 35 8
                                    

"adik, kau apa khabar?" Tanya Kak Syuhadah di telefon

"Aik, pagi tadi kau sendiri jumpa aku kan? Tak akan tak nampak kot aku sihat ke tidak?" Tanyaku semula

"Bukan nacam itu lah" Kak Syuhadah berdecit

"Habis tu?" Dahiku berkerut sedikit

"Tak ada apa lah. Ni akak nak tanya, kau keluar ke tadi?" Dia mengubah topik perbualan

"Dina baru balik ni, macam mana kau tahu kak?" Aku tertanya-tanya di hujung talian

"Nama pun akak tanya, jadi akak main tibai aje lah" jawab Kak Syuhadah selepas berdehem sekali

"Macam pelik je kau ni kak, sihat tak?" Tanyaku dengan sinis, kotlah dia ada terhantuk dekat mana-mana tadi kan?

"Haish kau ni, asal pelik sikit aje nak kata orang tak sihat ya?" Dengusnya

"Mana lah tahu yang kau betul ke tak sihat ke kan?" Balasku selamba

"Dah, tak payah nak mengarut. Kau tu pergi mandi, baru balik kan?" Dia mengalih topik perbualan

"Macam mana Dina nak mandi dah kalau akak tengah call? Nak bawa masuk dalam bilik air sekali ke macam mana telefon ni?" Perliku

"Kau ni kan Dina, sabar aje lah akak" keluhnya

"Dah, kau pergi mandi. Akak nak letak telefon ni" pamitnya

"Hm, iyelah. Take care kak, bye" ucapku sebelum mematikan panggilan.

Baru sahaja aku aku meletakkan telefon di atas meja, pintu rumah diketuk bagaikan nak roboh dibuatnya. Sekarang ni jam sudah menunjukkan 10 malam, siapa pula yang nak datang rumah aku dalam waktu sebegini? Hairanku.

Pintu yang diketuk itu aku dekati, telefon yang tadinya berada di atas meja kini kembali ke dalam genggaman. Aplikasi WhatsApp aku buka, mana tahu bakal ada chat yang masuk dari aplikasi berwarna hijau itu? Dan tepat sekali, ada satu notifikasi dari app tersebut.

WhatsApp

Dina, buka lah pintu ni!
- Laura

Yang kau datang sini malam-malam dah kenapa, senah?
- Me

Nak korek cerita. Hah, kau buka sekarang! Jangan sidai aku please...
- Laura

Sabar.
- Me

Terus aku menutup skrin telefon dan membuka pintu itu perlahan-lahan bersama batang penyapu kayu di tangan. Apa kegunaan batang penyapu tu? Oh, itu aku jadikan sebagai alat untuk aku melindung diri dari membenarkan mana-mana manusia yang berniat jahat terus menerjah masuk ke dalam rumah aku dengan mudah.

"Kan aku dah cakap yang depan pintu rumah kau ni aku, kenapa kau pegang batang penyapu ni lagi?" Kagetnya apabila melihat aku yang sedang memegang batang penyapu itu seperti ingin memukul orang

"Saja, nak berhati-hati" kataku selamba dan membiarkan pintu itu terbuka bagi membenarkan wanita itu masuk ke dalam rumahku

"Kau saja aje kan buka pintu tu sebesar alam untuk aku tutup semula?" Dia mengecilkan matanya saat melihat aku

"Memang" aku mengangguk dan terus menuju ke dapur untuk membuatkan air untuk Laura

"Kau nak air apa?" Tanyaku

"Aku nak Nescafe, ada?" Tanyanya

"Aku buatkan kau teh'o panas aje lah" putusku. Aku memang tak akan membenarkan dia minum minuman yang berkafein ini pada waktu malam kerana aku tahu, dia akan minta lebih dari secawan nanti

Belongs to Him [C]Where stories live. Discover now