Bab 10

724 60 5
                                    

"Irdina buat apa dekat sini?" Tegur Pakcik Ahmad yang baru masuk ke dalam rumah

"Saya buat kerja sikit pakcik" jawabku dengan senyuman sambil membetulkan posisi dudukku

"Pakcik dari mana?" Aku pula bertanya kepadanya

"Oh, pakcik dari taman bunga tadi, adalah yang dipotong-potong sikit bagi nampak kemas" Pakcik Ahmad menunjukkan alat yang dibawanya kepadaku

"Kesian pakcik penat, duduk lah dulu. Kita borak-borak kejap" ajakku ramah. Adalah benda yang aku nak korek dari pakcik ni memandangkan dia lelaki kan? Pasti dia tahu lebih lagi pasal lelaki bernama Zafran itu

"encik Zafran yang suruh ke pakcik?" Tanyaku seakan menuduh

Ini kalau betul mamat tu yang suruh pakcik tu buat kerja macam ni, memang aku pangkah lelaki tu kaw-kaw. Pakcik sendiri di suruh jadi kuli? Banyak cantik? Yang soal Makcik Mariam tu pun sama, agaknya rela hati atau disuruh?

"Eh takde lah, memang pakcik yang suka jaga taman bunga dia tu" balas Pakcik Ahmad sambil mengambil tempat di sofa yang tak jauh dari aku

"Oh...ingatkan pakcik disuruh" aku mengangguk faham

"Hmm pakcik, pakcik dulu kerja apa? Boleh saya tahu?" Aku bertanya lagi

Pakcik Ahmad tertawa sebentar sebelum menjawab soalan aku.

"Kenapa Dina tanya?" Soalnya semula

"Waktu saya nampak muka pakcik pertama kali, saya dapat rasa pakcik orang yang garang sebelum ni hehe" aku menggaru kepala yang tidak gatal

Jujurlah kan, waktu aku duduk di meja makan bersama mereka dulu membuatkan aku rasa kurang selesa disebabkan semua wajah di situ tidak tersenyum sedikit pun kecuali Makcik Mariam. Mati-mati aku ingat semua manusia di meja itu berhati dan berwajah beku sama seperti bos mereka tetapi tekaan aku silap, semua di meja itu mempunyai hati yang hangat dan cukup ramah denganku apabila bos mereka tiada.

"Pakcik dulu kerja macam Zafran juga" balas Pakcik Ahmad perlahan dan kepalanya ditundukkan ke arah lantai

"Betul ke pakcik?" Aku tak salah dengarkan?

Terkejut aku apabila mendengar Pakcik mengatakan bahawa dia juga pernah berkerja seperti Zafran. Dari pangkat setinggi itu, kenapa boleh jadi tukang kemaskan taman bunga?

"Ya dan kalau kamu nak tahu, pakcik abang kepada arwah ayah Zafran. Kami dulu berkerjasama dalam kerja tu dulu, tetapi malangnya ayah dia tewas sewaktu sedang beradu peluru dengan pihak penceroboh" Pakcik Ahmad menerangkan

Aku hanya diam membisu dan sekali lagi terkejut. Terkejut kerana rupanya Pakcik Ahmad pun terlibat sama dalam hal begitu, tetapi apakah cara mereka sama dengan Zafran? Itu tidak pasti.

"Selepas kejadian itu, pakcik bersara dari melakukan perkerjaan tu dan serahkan semuanya pada Zafran dan Mikha. Tapi Mikha masih muda, jadi pakcik suruh dia jadi orang kanan aje dulu" sambung Pakcik Ahmad

Kali ini aku mengangguk faham. Aku faham perasaan itu. Apabila kita sudah terbiasa melakukan kerja bersama orang yang kita sayang, pasti rasanya akan berbeza untuk terus melakukan kerja itu sendirian.

"Faham" kataku perlahan

"Dah lah, pakcik nak cari makcik kamu kejap" pamitnya

"Baik, terima kasih sebab berkongsi cerita pakcik" aku memberikan senyuman sekilas tanda menghargai

Puas juga hati aku kerana dapat mengorek kisah lelaki itu. Adil lah kiranya sebab mamat tu juga nampak gaya sudah tahu menahu tentang latar belakang aku kan?

Belongs to Him [C]Where stories live. Discover now