Bab 32

495 49 4
                                    

"Baiduri" panggilannya membuatkan aku yang leka menikmati angin sepoi-sepoi itu pun terus tersedar ke alam nyata semula

"Ya?" Aku membalas panggilannya

"Kau lapar? Nak makan tak?" Tanyanya

"Awak lapar ke?" Aku tersenyum nipis. Comel pula nada suara dia waktu bertanya tu heh

Dia mengangguk.

"Kalau awak dah puas menikmati angin dekat sini, jom lah kita pergi makan" ajakku dan bingkas bangun dari terus duduk

"Dah, aku dah puas makan angin dekat sini. Nasib aje tak kembung" katanya dan turut bangun sama sepertiku.

"Kunci kereta" dia menghulurkan tangannya

"Hm?" Kedua keningku terangkat sedikit

"Aku nak bawa kereta" sambungnya

"Tak payah lah, awak bagitahu je yang awak nak makan kat mana dan nanti saya bawa" aku enggan memberikannya kunci kereta

"Macam lah kau tahu sangat jalan kat sini" katanya

"Google Maps kan ada, jadi saya boleh guna" jawabku selamba

"Ck, degil betul kau ni" dia berdecit

"Baru tahu ke?" Aku tersenyum senget

"Dah lama tahu" balasnya bersama jelingan

"Tapi aku nak juga kunci tu" dia mendekatiku

"Kalau macam tu tadi baik saya bawa kereta saya aje dah kalau awak nak sangat bawa kereta ni" rungutku

"Lepas tu kau percaya sangat yang aku akan follow kau dari belakang?" Dia menjongketkan kening kanannya

"Ada nampak muka saya ni akan percaya ke?" Jari telunjuk aku arahkan ke wajah sendiri

Dia menggelengkan kepalanya.

"Hah, tahu pun!" Kataku

Ingat aku akan percaya orang yang emosi dia kurang baik ni nak dengar cakap? Memang tidak lah jawapannya.

"Dah, jom kita gerak. Bagi aku kunci cepat" pintanya lagi

"Haih, iye lah!" Aku mencebik sebelum memberikan kunci kepadanya.

Sebaik sahaja kami sampai di kedai makan yang sudah dipilih Zafran itu, kami mengambil tempat yang agak jauh sedikit dari orang-orang yang berada di dalam kedai makan ini.

"Erm...saya nak nasi putih, telur dadar dan tomyam campur untuk seorang makan ya" pesanku sebaik sahaja waiter itu sampai di meja kami

"Baik" waiter itu menganggukkan kepalanya

"Nasi putih tambah lagi satu, telur dadar dengan tomyam tu buatkan untuk dua orang makan" Zafran pula membuat pesanan

Aku memandangnya, dia ni tiru aje ya benda yang aku nak makan? Kataku dalam hati.

Waiter itu tersenyum nipis sebelum menganggukkan kepalanya.

"Minum?" Tanya waiter itu

"Milo ais satu" jawabku

"Air Apple Asam Boi ais, satu" jawab Zafran pula

"Okay, sila tunggu ya" kata waiter itu sebelum pergi dari meja kami

"Baiduri" panggilnya lagi

"Hm?" Aku yang baru saja ingin bermain telefon pintar itu pun terhenti dan mata di arahkan kepadanya

"Siapa kawan baik kau tu?" Tanyanya tanpa basa-basi

"Ingat tak yang saya ada workmate tu?" Tanyaku semula sebagai permulaan bagi menjawab pertanyaannya itu

Belongs to Him [C]Where stories live. Discover now