Bab 41

499 40 8
                                    

"patutlah, akak bekas pelatih PLAK rupanya" Mikha menganggukkan kepalanya beberapa kali

Aku pula hanya tersenyum nipis selepas menceritakan sedikit lagi pengalaman yang aku punya sebelum mengenali mereka.

"Tapi kenapa akak keluar?" Darwish bertanya

"Sebab abah akak tak bagi so dia paksa akak berhenti" jawabku

"Sebelum masuk tu, abah akak tak tahu ke?" Tanya dia lagi

Aku menggelengkan kepala. Aku main masuk aje dulu tanpa bagitahu sesiapa kecuali abang aku dan juga emak aku sahaja. Pada mulanya, emak aku pun tak bagi mengikuti latihan itu tetapi aku tetap berdegil dan berkeras hati mahu mengikut keputusan sendiri sehingga akhirnya kantoi dengan abah yang aku tiada di rumah selama beberapa bulan dengan alasan nak pergi berjalan dengan kawan-kawan sehabis diploma konon.

"Oh...patutlah" mereka hanya menganggukkan kepala sekali lagi

"Macam mana akak boleh minat dalam bidang macam ni eh?" Mikha bertanya sambil berjalan ke tempat yang aku bermain dengan senjata api itu tadi

"Sebab terpengaruh dengan kerja abah akak" santaiku bersuara dan terus bangun mengikutinya

"Ayah akak...polis?" Mikha memasang wajah kaget sedikit

Dan sekali lagi aku menganggukkan kepala.

"Tapi waktu akak masuk latihan tu, dia dah pencen so kononnya akak nak ikut jejak dia cuma...ye lah, dia dah tak bagi nak buat macam mana" terangku lagi

"Jadi tak ada sesiapa lah yang ikut jejak dia?" Tanya Darwish pula

"Ada, arwah abang akak" jawabku

"Wah..." Kagum Mikha dan Darwish

"Mungkin sebab akak perempuan kot, tu yang dia tak bagi" gumam Mikha

"Hm...agaknya lah" aku menyetujui kata-kata Mikha itu tadi

"Patutlah akak pandai jaga diri ek" Darwish menyangkan sengihan

"Mesti lah kena pandai, kalau tak macam mana nak selamat daripada manusia yang ada niat jahat?" Aku kembali ke posisi tadi, bersiap sedia untuk mulakan tembakkan seterusnya

"Betul, saya setuju" angguk Mikha

"Hm...patutlah saya kena tendang dengan akak waktu dalam hutan tu dulu" Darwish menggaru leher belakangnya

"Oh, itu kau ke?" Aku terkejut selepas melepaskan tembakkan sekali

Darwish yang masih menggaru leher itu hanya mempamerkan sengihan malu. Serta merta tawaku terlepas tanpa ditahan lagi. Kelakar bila membayangkan orang yang aku tendang di bahagian sensetifnya itu dulu ialah Darwish, haha!

"Sorry lah ya? Waktu tu kita bukan kawan, memang padanlah kau kena" aku meminta maaf sambil bergurau

"Mhm...tak apa lah kak, saya faham" dia membuat muka pasrah

Mikha dan juga Zafran turut tertawa tetapi Zafran tidak lah tertawa sebesar Mikha.

"Tabah weh" Mikha menepuk bahu Darwish sekali dua sebelum menyambung tawanya

"Kau ni, dah dah lah tu gelakkan aku" jeling Darwish

"Tak boleh lah, lawak!" Mikha mula memegang perutnya, sakit lah tu sebab asyik tertawa saja

"Senyap kau sebelum aku pula yang tendang kau, nak?" Darwish mula mengacah

"Suka hati aku lah" Mikha membuat muka selama

"Nasib kita dekat sini, kalau dekat rumah memang dah lama kau kena" geram Darwish

"Maaf lambat, bos" satu suara dari belakang kedengaran dan terus aku tidak jadi mahu menyambung latihan tadi

Belongs to Him [C]Where stories live. Discover now