Bab 26

473 48 1
                                    

"Zafran, kenapa kamu bawa PA kamu macam tu? Macam budak kecik aje mama tengok" tegur Makcik Mayyah sebaik sahaja kami sampai di pintu pagar rumah agamnya

"Memang serupa budak kecik pun mama, membebel aje kerjanya tapi bila suruh buat kerja tu pandai pula nak lari" adu Zafran

Eh, eh, sejak bila mamat ni reti mengadu ni? Aku menjeling dari tepi apabila dia sudah mengubah kedudukkan aku yang tadinya menghadap ke belakang itu menghadap ke hadapan semula.

"Kenapa nak lari pula Dina? Tak suka ke kerja dengan Zafran?" Soal Makcik Mayyah dengan wajah ingin tahu

Hah sudah, apa aku nak jawab ni? Nak jujur ke nak tipu sunat agaknya?

"Eh bukan tak suka makcik, tadi haa beg saya ni ha jatuh tergoleh-golek dan sebab tu lah saya pergi kejar beg ni kejap" ya, aku tipu sunat lagi hehe

"Macam tu pula? Haih, macam-macam" geleng Makcik Mayyah

"Sudah, pergi bawa PA kamu ni masuk. Dia duduk sini kan?" Tanya Makcik Mayyah kepada anak lelakinya

Zafran menganggukkan kepala beberapa kali.

"Mama masuk lah dulu, Zaf ada benda sikit nak bincang dengan PA Zaf ni" lelaki itu melemparkan senyuman yang manis buat si ibu

Rasa nak tercabut biji mata aku ni bila dia senyum selebar dan semanis itu. Setahu aku dia tu spesis yang suka senyum senget, nasib lah tak betul-betul senget mulut dia tu.

"Hm, ye lah. Mama masuk dulu ya?" Pamit Makcik Mayyah

Zafran dan aku segera mengangguk dengan senyuman di bibir. Kemudian, serentak kami berdua memandang wajah antara satu sama lain. Dan secara tiba-tiba bibirku menggulum senyuman. Ada idea untuk mengusiknya hehe.

"Encik, cuba encik senyum macam tadi" aku tersengih dengan muka gedik

Sabar. Aku bukan nak mengorat dia eh, jangan tuduh-tuduh.

"Dekat kau?" Dia menjongketkan kening kanannya dan aku menganggukkan kepala bagai anak kecil.

Sejurus dengan itu, dia benar-benar melemparkan senyuman manis tadi buat aku. Eh, betul ke untuk aku?

Entah mengapa, aku rasa betul-betul terpana dengan senyumannya itu. Kau ni dah kenapa Irdina? Dia ni penculik kau lah! Aku mengingatkan diri sendiri. Terus aku membuka dan menutup mataku beberapa kali sebelum bersuara.

"Kenapa? Tergoda ke?" Dengan yakin lelaki itu bertanya

"Tergoda, tergoda dengan senyuman gorilla sebab serupa" aku membalas dengan senyuman mengejek

Dia berdecit dan terus membalas kata-kata aku tadi dengan jelingan dan muka menyampah. Haha! Berjaya juga aku kena kan dia walaupun sebenarnya aku memang agak terpana dengan senyuman itu. Haih hati? Kental lah sedikit, jangan mudah jatuh hati lagi! Pesanku kepada diri sendiri.

"Dah, kau nak berjemur apa lagi ni? Masuk dalam, jumpa aku kat bilik office" suaranya dingin

Ala, kena panggil gorilla je pun dah terasa ke?

"Eh, sabar lah encik!" Bukan main laju kaki dia berjalan, main tinggal je aku walaupun kami satu arah tujuan.

"Baca dan tanda tangan" arahnya sebaik sahaja meletakkan satu fail di atas meja

Aku yang duduk bersandar tadinya terus menegakkan badan dan menyelak satu persatu isi kertas yang tertulis di dalam kertas itu.

Di muka surat terakhir, hampir saja aku ingin menyembur seseorang sekiranya aku sedang minum air. Sebagai ganti, aku terbatuk-batuk sendiri. Tak menyangka dengan apa yang tertera di kertas itu.

Belongs to Him [C]Where stories live. Discover now