Bab 28

449 48 3
                                    

Sudah hampir seminggu aku memegang jawatan sebagai pembantu peribadi dia tetapi aku rasa macam tunggul kayu saja di office dia ni. Kerja pun bukan dia bagi banyak, setakat 2 hingga 3 kerja saja dalam masa sehari dan ada juga masa tu dia bagi aku hanya 1 kerja sahaja weh! Kerja senang kacang goreng macam ni dapat gaji 7 ribu? Aku rasa macam tak patut pula.

Tok tok tok

Pintu bilik dia aku ketuk sebelum masuk ke dalam. Setelah tombol pintu sudah boleh dipulas, terus aku berjalan menghampiri mejanya.

"Yes, Baiduri? Nak apa?" Zafran mengangkat wajahnya dari terus menatap kertas di atas mejanya itu

"Nak cakap pasal something kejap, ada masa tak?" Tanyaku

"Cakap pasal apa?" Soalan dibalas juga dengan soalan Zafran berikan

"Pasal gaji" akhirnya aku mengeluarkan juga topik perbincangan

Hari ini aku rasa nak minta dia turunkan gaji aku sedikit sebab bukan apa, rasanya tak berbaloi lah dia bayar sebanyak itu pada aku tapi aku pula hanya buat kerja sedikit aje kan?

"Duduk" arahnya dengan suara yang mendatar. Kertas yang dia pandang tadi di alihkan ke tepi dan terus fokus memandangku yang ingin berbincang dengannya

Gaya aku ni dah macam anak yang nak minta izin bapak dia pergi main kat luar tu tahu? Hah boleh lah ni dia jadi bapak, bapak singa haha.

"Aku dah bagi duduk, sibuk kau nak berdiri macam patung cendana dah kenapa? Duduk cepat!" Dia mengembalikan aku kepada dunia nyata

Dengan pantas aku melabuhkan punggung di atas kerusi yang berada di hadapan mejanya ini.

"Kenapa dengan gaji? Tak cukup?" Soalnya tanpa membuang masa lagi

Aku menggeleng laju. Tak cukup apa nya? Itu dah lebih daripada cukup tau.

"Eish, bukan macam itu lah encik" kataku

"Habis tu?"

"Saya nak minta encik kurangkan gaji saya sikit, boleh?" Terus aku mengeluarkan permintaanku itu

"Kurangkan?" Wajah Zafran seakan tidak percaya dengan apa yang aku katakan tadi

Apa? Pelik sangat ke permintaan aku ni?

"Haah, kenapa encik?" Tanyaku

"Orang lain suka gaji banyak dan kalau boleh siap minta nak dinaikkan lagi tapi kau? Minta dikurangkan? Pelik betul" lelaki itu tertawa kecil

"Ya lah, dah kalau saya buat kerja pun tak banyak mana kan? Jadi baik encik kurangkan gaji saya biar sama padan dengan kerja yang encik bagi tu" balasku

"Kau serius lah?" Zafran bertanya lagi

"Ya encik, berapa kali saya nak kena ulang benda sama ni?" Kesabaranku mula menipis

Susah betul mamat ni nak percaya dah kenapa? Buat ajelah! Banyak bunyi betul.

"Hm...kau keluarlah dulu, biar aku fikirkan" suruhnya

"Baik, by the way saya nak bagitahu sekali yang buku saya dah nak keluar" beritahuku

"Oh, dah nak keluar? Bila?" Tanyanya dengan nada yang agak teruja bagi aku

"Dalam tiga hari lagi" jawabku ringkas

"Okay, thanks for the info" ucap Zafran dan terus aku melangkah keluar dari bilik dia.

"Hai akak, sekarang waktu lunch so akak tak nak makan ke?" Mikha menyapaku

"Eh Mikha! Macam mana boleh ada dekat sini? Tak jadi cikgu BM lagi ke?" Usikku

Belongs to Him [C]Where stories live. Discover now