Bab 22

598 52 2
                                    

"rasa macam hidup balik" gumamku perlahan sewaktu melangkah masuk ke dalam kedai ais krim tersebut

Memang itulah yang aku rasa saat ini. Sudah lama rasanya tidak berkeliaran seperti ini. Terubat rindu aku nak merayau ke luar rumah hehe.

"Akak nak flavour apa kak?" Mikha yang berada di hadapan kaunter memusingkan badannya ke belakang sedikit untuk melihatku

"Akak nak Mint Chocolate Chip" jawabku

"Single regular scoop ke kak?" Mikha bertanya lagi

Aku mengangguk.

"Akak tak nak double regular scoop?" Tawar pemuda itu dan aku menggelengkan kepala. Aku tak rasa nak makan ais krim sangat pun sekarang ni sebenarnya

"Kak Irdina tak nak, tapi kalau aku nak boleh ke?" Nazirah mengambil kesempatan

"Aku offer orang lain, orang lain yang nak ya?" Perli Mikha dan Nazirah pula sudah tersengih

"Bila lagi nak tunggu kau belanja kan?" Selamba Nazirah

"Haih ye lah, kau nak flavour apa? Cepat bagitahu akak ni" suruh Mikha

"Cantik!" Nazirah memetikkan jarinya. Suka dengan persetujuan lelaki itu.

"Thank you sebab belanja" ucapku dan Nazirah

"Sama-sama, dah jom kita balik ke hospital" ajak Mikha

"Jom!" Serentak kami berdua menjawab ajakkan Mikha itu tadi

"Mikh-"

"Aduh!"

Erh...aku langgar dinding ke orang ni? Sakit betul rasanya bahu ni, nasib aje tak jatuh terduduk atas lantai terus.

Nazirah yang tadinya ingin memanggil Mikha itu pun terus menoleh aku yang berada di belakang mereka berdua. Maklumlah, aku tengah tak rajin jalan sekarang ni dan sebab itulah aku ketinggalan di belakang.

"Sorry" tuturnya

"It's okay" balasku sambil memegang bahuku

"What happened?" Soal Mikha segera menghampiriku dan diikuti juga dengan Nazirah

Mikha memandang orang itu dari bawah ke atas dan secara tiba-tiba mereka berjabat tangan. Aik, kenal ke?

"Aniq! Kau baru lepas tengok bos ke?" Ramah Mikha

Apa nama lelaki itu tadi? Aniq? Kenapa aku rasa nama lelaki ni familiar dengan seseorang?

"Aku nak pergi lah lepas ni, kau?" Tanya lelaki yang bernama Aniq itu

Aku tak dapat melihat wajahnya dengan jelas kerana dia memakai pelitup muka berserta topi dan itu membuatkan jadi aku sukar untuk mengecamnya.

"Aku nak pergi balik lah ni, yang kau masih pakai topi dengan mask tu dah kenapa?" Tanya Mikha lagi

"Saja" balasnya ringkas.

Matanya di alihkan kepada aku dan Nazirah tetapi entah mengapa aku rasa dia lebih perhatikan aku semacam aje.

"Kau dengan diaorang?" Tanya lelaki itu pula

"Haah. Eh dah lah, jumpa kau kat hospital nanti" Mikha menepuk bahu lelaki itu sekali dua.

"Jom kak" ajak Mikha

Aku hanya mengangguk sekali dan tangan mula menarik Nazirah supaya ikut sama denganku. Entah kenapa, aku rasa tak selesa aje dengan lelaki itu tadi.

"Tadi tu siapa?" Tanyaku sebaik sahaja kami masuk ke dalam kereta

"Oh, itu kawan kerja saya. Anak buah Zafran lah kiranya" terang Mikha secara ringkas

Belongs to Him [C]Where stories live. Discover now