Bab 12

587 66 1
                                    

"checkmate!" Aku terjerit kecil. Senang hati apabila sudah 5 round aku yang asyik memenangi permainan antara aku dan Darwin

"Woah, saya kalah teruk ni" keluh Darwin. Aku hanya tersengih.

"Darwin" celah satu suara dari pintu masuk library ini. Kami berdua serentak menoleh ke arah suara tersebut.

"Bos.." Darwin bingkas bangun dari duduknya. Wajahnya bertukar riak.

"Siapa bagi dia kebenaran masuk sini?" Soalnya dengan suara yang mendatar tetapi kuat. Jarak dari pantry ke pintu itu boleh tahan makan beberapa belas langkah juga

Darwin diam.

Aku bangun dan terus melangkah ingin keluar dari ruang ini. Tetapi langkahku terhenti apabila lengannya tiba-tiba menghalangi perjalananku.

"Nak cakap apa-apa boleh dalam office encik tak? Saya pun ada benda nak tanya pada encik" kataku mendatar.

Lengannya masih lagi menghalangiku. Aku memandangnya dari samping. Tajam. Dia akhirnya perasan juga dengan pandanganku itu. Aku menaikkan kening belah kanan ku dan mengerling ke arah lengannya pula. Serta merta dia menjatuhkan lengannya dan memberikan laluan kepadaku. Terus aku keluar dari bilik itu.

"Aku suruh kau jangan keluar, bukan bermaksud suruh kau buat rumah ni macam rumah kau sendiri!" Marahnya sebaik sahaja masuk ke dalam bilik office ini. Aku yang duduk di kerusi empuk itu hanya terkejut kecil.

Aku mengeluh.

"Habis tu awak ingat saya duduk rumah ni tak bosan ke? Tak mati kutu? Ingat saya vampire ke yang tak boleh kena matahari?" Soalku bertalu-talu, sedikit pun tidak menolehnya yang berada di belakang

"Yang awak marah sangat kenapa? Ada simpan mayat dalam tu pula ke? Apa? Kali ni nak jadikan saya mayat pula?" Sinisku menyoalnya. Ya, sekarang aku dapat rasakan yang aku semakin berani bercakap seperti itu dengannya. Aku makin rimas dan semak apabila dikurung di sini!

"Kalau ya?" Soalnya sambil menarik kerusi di hadapan ku seperti biasa apabila kami berbincang di dalam bilik ini

"Nak bunuh, bunuh lah. Saya dah penat, yang penting biar saya mengucap dulu" jujurku. Ya, aku dah bosan dengan ugutan sebegini.

Zafran tersentak dengan jawapanku. Ingat aku takut lagi dengan ugutan tu? Tolonglah, aku dah muak.

"Awak jangan lupa, saya bukan anak buah awak yang kena dengar semua larangan yang awak keluarkan. Saya tak peduli. Selagi saya masih di sini, saya akan buat segala benda ikut kepala otak saya sebab saya dah ikut arahan awak yang suruh saya terperap di sini" tegasku bersuara

"Saya muak, muak dan rimas dengan segala benda yang keluar dari mulut awak tu. Saya rasa terikat. Sangat terikat awak tahu?" Aku mula berani menentang pandangan matanya yang sedari tadi menikam aku

"Dan kalau awak nak tahu lagi, saya benci dengan pandangan mata awak yang macam tu. Pandangan penuh kesombongan" kutukku secara berdepan. Aku akui, kelakuanku ini amat tidak sopan tetapi itulah yang aku pendam sejak dari awal lagi aku bertemu dengannya

"Saya minta maaf sebab masuk library awak tanpa izin. Jangan salahkan Darwin pula, dia hanya tak mahu saya mengomel di depan pintu itu aje. Lagi satu, kalau saya tak masuk bilik tu mesti saya tak akan tahu yang kita pernah jumpa sebelum ini" terus aku melangkah meninggalkan dirinya sendirian

Perut bernyanyi minta diisi. Apabila melihat jam, sudah hampir dengan waktu minum petang. Tengah hari tadi aku asyik bermain catur bersama Darwin sehingga lupa waktu. Aku mula mencari kelibat lelaki muda itu semula. Mahu mengajaknya makan bersama.

"Makcik!" Seruku. Aku mahu meminta izin kepadanya untuk memasak di dapur. Sudah lama rasanya tidak merasa masakan sendiri.

"Ya Dina?" Terus Makcik Mariam melemparkan senyuman kepadaku dari kejauhan. Aku pula berlari anak mendekatinya.

Belongs to Him [C]Where stories live. Discover now