Bab 13

628 58 11
                                    

Malam ini, aku kembali menghadap skrin komputer setelah banyak meluangkan masa untuk berseronok. Masuk ke dalam library nya adalah satu hal yang aku suka walaupun itu adalah salah satu larangannya. Tapi macam apa yang aku cakap, aku tak peduli tentang segala larangannya itu melainkan larangan yang menyuruhku jangan melarikan diri lagi.

Aku mengarang secara ringkas cerita yang hendak disampaikan pada bab seterusnya sebelum aku menulisnya ke dalam komputer. Itulah caraku menganalisis sama ada jalan ceritanya baik atau tidak untuk dimasukkan ke dalam bab baharu dan seterusnya.

Alhamdulillah, bab untuk buku yang aku tulis ini sudah semakin banyak perkembangan. Aku hampir saja masuk ke dalam pertengahan buku kali ini. Jadi, sudah banyak progress yang berjalan. Aku rela tak tidur malam demi mencari idea dan menyiapkan secepat yang mungkin demi sebuah karya. Cara ini sebenarnya bahaya untuk kesihatan kerana keseringan tidur lambat atau tidak tidur langsung akan memberikan dampak yang buruk pada diri di masa akan datang tetapi walaupun begitu, aku tetap berdegil dan terus saja melakukan tabiat itu. Tabiat yang sukar untuk dibuang.

Dikeranakan sifatku yang gila kerja itu, kakak-kakak aku sering melarangku untuk menulis buku baharu dalam masa terdekat. Paling cepat pun dalam 4 hingga ke 6 bulan. Mereka tidak membenarkan aku untuk menulis karya baru 4 bulan ke bawah kerana itu akan membuatkan kesihatanku semakin memburuk.

"Tak, tak boleh pakai" aku mengeronyok kertas itu dan meletakkannya ke dalam tong sampah yang aku angkut dan di letakkan betul-betul bersebelahan meja yang aku gunakan untuk membuat kerja.

Aku tulis lagi dan kali ini lebih berhati-hati. Otak ligat memikirkan jalan cerita yang sesuai untuk bab seterusnya.

"Lari lah jalan cerita nya" rungutku dan sekali lagi aku mengeronyokkan kertas yang aku tulis tadi dan mencampakkan terus ke dalam tong sampai

"Otak aku sakit" aku meletakkan kepala di atas meja. Rasa serabut sebentar.

"Argh! Apa yang aku nak masukkan dalam bab ni biar ada rasa lagi?" Aku mengusap muka sendiri selepas itu

Kenapa aku rasa hari ini otakku benar-benar tidak berfungsi sama sekali? Hari ini pun aku tidak melakukan kerja ku kerana permasalahan ini dan malam ini aku mengalaminya lagi.

"Kau...okay ke?" Tanya seseorang

"Awak memang nampak saya tengah okay ke sekarang ni?" Aku terus memandang orang yang bersuara itu tadi

Aku lupa yang aku sedang melalakukan kerja ini ruang tamu bawah tanah rumah ini seperti yang aku janjikan padanya yang aku akan melakukan segala kerjaku di ruang terbuka seperti ini.

"Sorry" tuturnya perlahan. Dahiku berkerut seribu. Sejak bila manusia ni reti minta maaf?

"Minta maaf untuk apa pula ni? Saya busy, tak ada masa nak bertekak" jujurku. Mata tertancap kembali ke arah skrin komputer.

Entah mengapa, aku rasa hari ini mood aku 2 kali ganda tidak baik dari kebiasaan. Mungkin perubahan hormon yang muncul saat aku sedang cuti ini membuatkan mood aku semakin lari agaknya. Dan malangnya lagi, lelaki itu menjadi mangsa amarah aku dari tadi.

"Aku bawakan kau hot chocolate, kau minum lah" dia menghulurkan aku mug tersebut kepadaku.

"Makcik Mariam kata kau cuti. Patutlah kau dari tadi asyik marah aku aje" katanya selepas aku menyambut hulurannya

Sebaik sahaja kata-kata itu keluar dari mulutnya, terus aku tersedak agak teruk. Dia bergegas pergi ke dapur mini yang tak jauh dari gym dan menghulurkan aku secawan air kosong pula. Rakus aku menelahnya.

Mana pula Makcik Mariam tahu pasal ni? Soalku dalam hati.

"Dia kata perempuan biasa marah tak tentu pasal macam ribut taufan ni tengah cuti jadi aku anggukkan aje lah" katanya lagi

Belongs to Him [C]Where stories live. Discover now