Bab 9

715 69 1
                                    

"hah ada apa?" Selamba aku menerjah bilik kerjanya

"Duduk" arahnya. Aku menjeling

"Masih nak lari?" Soalnya sebaik sahaja aku duduk di atas kerusi seperti apa yang diarahkan

Aku geleng. Nak lari lagi? Haha...kalau aku jadi macam lelaki semalam macam mana? Free-free je aku dapat title arwah nanti.

"Good" dia mengangguk perlahan.

"Tapi, servis simpan rahsia saya ni bukan free Encik Zafran" aku memandang anak matanya. Dia juga turut memandang aku.

"What do you mean?" Tanyanya dengan kening yang terangkat

Aku senyum terlebih dahulu dan menyilangkan pula kedua belah tangan sebelum mengajukan syarat.

"Telefon saya encik tak boleh sentuh langsung, kunci bilik yang saya duduk sekarang encik kena bagi kepada saya, saya nak bayaran ganti rugi atas tempahan bilik hotel yang saya duduk sebelum ni dan kalau ada salah satu dari barang saya yang ditinggalkan kat sana hilang, saya nak encik ganti yang sama persis atau lebih bagus dari yang asal" aku memberi syarat dengan santai

Dia terlihat seperti terkedu dengan syarat-syarat yang aku lontarkan tadi. Apa? Tak puas hati? Lain kali culiklah orang yang macam Safira Irdina lagi.

"Apa benda yang kau akan buat untuk aku percayakan kau?" Soalnya

"Saya akan buat segala kerja saya dekat ruang terbuka macam ruang tamu, meja makan dan kalau tak puas hati lagi saya boleh buat kerja saya yang berlambak tu atas meja ni" jari telunjuk aku arahkan je atas meja yang berjarak beberapa cm dari aku sahaja.

"Segala panggilan yang saya terima, saya akan jawab depan orang kanan encik atau betul-betul sebelah telinga encik. Kalau encik nak saya jerit pun boleh" perliku. Memang waktu-waktu sebeginilah masanya untuk aku mengeluarkan segala sakit hati yang ada.

"Jujur? Agaknya kalau saya dah dapat pandangan maut dari orang kepercayaan encik atau dari encik sendiri, agaknya saya berani jujur lagi ke? Untuk pengetahuan encik, saya masih ada bakat untuk temberang orang walaupun sekarang ni saya seorang yang jujur. Tapi demi nyawa saya sendiri lah kan, terpaksa lah saya kerapkan tipu sunat" sambungku lagi.

"Tak percaya lagi? Saya boleh buat apa yang saya cakap pada encik tadi sekarang juga, nak?" Aku berura-ura seperti mahu bangun dari dudukkan

"Nanti" dia memberhentikan ura-uraku lagi. Aku tersenyum sekali lagi. Kemenangan berpihak kepadaku kali ini.

"Okay, syarat kau aku terima. Tapi, kau kena tahu satu benda" dia pula yang menyilangkan kedua belah tangannya

"Oh, sounds interesting! Apa dia?" Aku pula mengangkat kening kali ini. Kami bertukar gaya haha

"Kau duduk sini pun bukan percuma. Jadi, duit ganti rugi tu aku tak akan bayar. Kau anggap je itu sebagai bayaran sepanjang kau duduk di sini, faham?" Dia memandangku dengan senyuman dibibir. Oh, dia selalu mahukan kemenangan.

Sebenarnya duit itulah yang aku mahukan. Mahal kot aku bayar tapi duduk tak sampai beberapa hari dah kena culik, mana tak murung? Zafran, kau memang!

"Barang yang hilang saya nak encik bayar" suaraku mendatar

"Itu bukan masalah aku" santai dia membalas. Hati aku kembali terbakar.

"Fine. Kunci bilik tu bagi kat saya" aku menghulurkan telapak tangan kananku padanya. Meminta kunci.

Dia menolak sedikit kerusinya ke belakang dan tangannya membuka laci yang berada di sebelah kirinya. Kunci itu akhirnya dihulurkan kepadaku.

"Thanks" ucapku dan aku bingkas bangun dari kerusi tersebut.

Belongs to Him [C]Where stories live. Discover now