Bab 11

705 60 6
                                    

Tok tok tok!

Pintu bilik aku diketuk bagai nak roboh. Pintu tu tebal kot, macam mana dia boleh ketuk sekuat itu?

Aku membuka pintu dan memandang wajah orang yang berada di hadapanku saat ini. Hm, dia lagi. Tiada orang lain ke? Jemu lah.

"Kau tunggu apa? Cepat lah siap, pergi breakfast sana" arahnya

"Saya breakfast lambat macam selalu, yang encik sibuk ni dah kenapa?" Alis sebelah kiri ku terangkat sedikit

"Aku ni nak pergi kerja. Jadi, aku nak pesan sikit dengan kau" dia memasukkan tangannya ke dalam kocek seluar. Gaya cool kononnya.

"Sabar" aku mengangkat telapak tanganku tepat di hadapan mukanya sebentar sebelum berjalan masuk ke dalam bilik untuk mengambil sesuatu

"Nah" aku mencampakkan perakam suara itu kepadanya apabila aku hampir sampai di hadapan pintu semula

"Tadi kakak saya call, lepas tu partner pula call. Jadi ada dua rakaman dalam ni. Encik tak perlu risau, tak ada panggilan yang saya tak record" mendatar suaraku memberitahunya

"Partner for what? Relationship?" Soalnya

Aku mengangguk. Betul lah ada hubungan, hubungan sebagai sahabat baik dan rakan kerja maksudnya.

"Semua yang kau cakap dalam ni spontan right? Tak ada plan or kau bagitahu diaorang supaya jaga soalan?" Anak matanya semakin tajam melihatku.

"Saya siap sempat buat super spontan tadi encik, nanti encik dengar lah ya" aku senyum sekilas, menyampah dengan soalan dia. Tak habis-habis nak anggap aku ni tak boleh dipakai.

"Aku tak peduli if kau ada relationship dengan sesiapa tapi kau kena ingat, sekali kau merengek atau menangis suruh diaorang datang sini ambil kau, kau tahu apa nasib kau Irdina" dia memberikan amaran kepadaku

"Encik ni gelabah sangat, saya ni satu manusia bernama lelaki pun susah nak kenal kalau bukan sebab kerja. Kalau kerja pun nanti automatik dah tak kenal semula. Nak merengek dengan diaorang? Heh, lagi lah tak ingin" sinisku. Apa dia ingat aku ni jenis suka menagih perhatian lelaki ke?

"Dah tu kau kata partner? What does it mean?" Soalnya pula. Mengabaikan apa yang aku cakap tadi. Lelaki ni memang tau, sekali tak buat aku rasa nak baling meja kat dia memang tak sah!

"Workpartner Encik Zafran, workpartner. Perempuan lagi tu" aku sengaja menekan perkataan 'perempuan' itu padanya. Ini kalau dia tak faham juga, memang aku hantar dia masuk sekolah balik biar belajar Bahasa Melayu lagi

Dia diam seketika dan itu membuatkan aku tertawa. Lucu, pasti dia ingat partner yang aku maksudkan tadi itu ialah boyfriend kan?

"Apa yang kelakar?" Tanyanya

"Tak adalah, saja gelak sebab tengok effort seseorang tu nak fitnah saya" aku memerlinya

"Perasan. Bila masa aku nak fitnah kau?" Dia jeling aku

"Lah, tadi tu bukan? Nampak sangat gaya encik ingat partner yang saya maksudkan tu boyfriend haha!" Aku mengekek ketawa lagi, tidak tahu kenapa perutku terasa geli sekali pagi-pagi ini

Dalam aku ketawa, aku perasan yang dia mengetap rahangnya. Tetapi tidakku hiraukan, aku masih ada sisa baki tawa tadi.

"Ingat, kau jangan keluar rumah ni" pesannya sebelum meninggalkan aku

"Hek eleh, berjuta kali lah kau ingatkan aku benda tu. Naik jemu tau walaupun aku baru seminggu kat sini!" Aku mencebik di belakangnya selepas tawaku habis.

"Ehem"

"Oh mak kau terkejut!" Aku terus memusingkan badanku ke arah kanan. Terlihat sekujur tubuh tinggi yang lain. Haish, aku yang dah cukup tinggi ni pun penat asyik kena pandang atas aje bila berjumpa dengan manusia penelan tiang ini.

Belongs to Him [C]Where stories live. Discover now