Bab 5

903 81 5
                                    

Sekarang aku berdiri tepat di hadapan pintu bilik bos mereka sambil ditemani oleh dua orang gadis tadi. Perasaan aku? Agak berdebar, aku sendiri tidak pasti mengapa.

"Akak ketuk aje pintu ni tiga kali, lepas tu terus masuk ya" Nazirah memberi tutorial kepadaku. Okay, yang ini buat aku rasa nak tergelak. Ingat aku tak buat macam ni ke bila nak menghadap bos sendiri? Cuma bezanya, aku selalu tunggu Puan Dayang bersuara dari dalam untuk membenarkan aku masuk terlebih dahulu sebelum main terjah masuk bilik dia.

"Awak berdua tak ikut saya sekali?" Aku bertanya, pandangan yang sedari tadi melekat pada pintu bilik itu aku alihkan menghadap Nazirah

Nazirah menggeleng beberapa kali sebelum bersuara dengan senyuman nipisnya

"Kami teman sampai sini aje kak, bos tak suka kami sebagai maid masuk campur urusan kerja yang satu ini" dia menerangkan kepadaku. Benarlah tekaan aku tadi, mereka di sini kerana bekerja sebagai maid.

Sayang sekali, apa yang aku lihat mereka terlalu muda untuk mendapat pekerjaan seperti maid. Tetapi apabila difikirkan semula, bekerja sebagai maid di rumah yang besar ini pasti tak merugikan diri. Mungkin gaji mereka 2 kali lebih besar dari aku, mana tahu kan?

"Dah tu awak berdua nanti pergi mana nanti?" Aku menyoal. Biar betul aku seorang je yang pergi menghadap bos mereka?

"Kalau cik tak kisah, biar saya yang teman" suara itu tiba-tiba sahaja muncul di belakangku, aku segera memusingkan badan menghadapnya

"Awak! Awak punca saya dekat sini tahu?!" Terus aku menyemburnya. Ya, dia lah budak tadi yang telah menipu aku tu.

Budak lelaki itu menunduk sebentar sebelum kembali memandang aku.

"Maafkan saya cik, saya cuma buat kerja saya aje" dia berlagak biasa kemudian menghampiri pintu besar itu sebelum diketuknya. Aku yang berada betul-betul di hadapan itupun berganjak sedikit memberi ruang kepadanya.

Tok tok tok!

Tiga ketukkan telah dia berikan sebelum memasuki bilik tersebut, aku hanya membuntuti walaupun hati mendadak panas apabila melihat wajahnya. Terus terlihat sekujur tubuh yang tegap disebalik kemeja putih itu. Dia menghadap ke arah rak, tidak mengendah kedatangan kami berdua.

Tak dinafikan, lelaki itu terlihat kemas dan segak. Agak menarik perhatian aku heh.

"Bos, here it is" pemuda tadi bersuara, berjalan menghampiri lelaki yang digelar bos itu

"You can go now, Mikha" arah lelaki bertubuh tegap itu setelah menghadap tubuh badannya ke arah kami

Pemuda yang baru ku ketahui namanya itu mengangguk sekali dan menurutkan sahaja arahan bos mereka.

"Nak pergi mana?" Aku bersuara setelah beberapa minit mendiamkan diri

"Like what I said, saya hanya menurut perintah saja" jawabnya ringkas sebelum meninggalkan aku bersendirian dengan lelaki itu di bilik kerja yang besar ini.

Tiada katil, jadi aku nafikan ini bilik kerja dia lah kot.

"I'm not going to eat you, so please sit down" tegur lelaki itu sambil bergerak menuju ke kerusi kulit yang tidak jauh dari tempatnya berdiri tadi

Kaki aku masih mengeras di depan pintu masuk tadi. Tak berani kaki hendak melangkah. Tiba-tiba saja aku rasa suhu bilik ini menurun secara mendadak dari suhu biasa, sejuk bertambah lagi apabila udara yang keluar dari penghawa dingin di bilik ini keluar memenuhi ruangan.

"Miss Irdina, please sit down. I have something to discuss" arah lelaki lagi, tetapi kali ini anak matanya tepat menikam mataku.

Aku menarik nafas sedalam-dalamnya sebelum membuka langkah mengambil tempat di kerusi hadapan mejanya.

Belongs to Him [C]Where stories live. Discover now