Bab 15

578 61 3
                                    

"tak jumpa pasu pun?" Hairanku. Dari tadi aku mencarinya di dapur, kotlah jumpa kan? Rupanya tidak heh.

"Akak cari apa kak? Dari tadi saya tengok akak duk selongkah semua kabinet dapur ni" soal Dian yang sememangnya dari tadi hanya diam memerhatikan aku membuka katup kabinet yang ada di dapur ini

"Pasu" jawabku ringkas

"Pasu?"

Aku mengangguk. Dia tiba-tiba tertawa.

"Akak, akak ni biar betul cari pasu kat dapur? Mana mungkin ada!" Dia mengekek ketawa

"Habis tu? Kat mana?" Soalku polos. Mana aku reti sangat pasal bunga ni sebab aku mana pernah menanam benda sebegitu

"Biasanya kat store lah kak. Mungkin ada kat rumah kecil kat taman mini tu" beritahunya selepas berhenti ketawa

"Ceh, kalau ada kat dalam tu kenapa bos kau orang biarkan akak masuk dalam?" Aku bertanya sendiri

"Akak kat luar ke tadi?" Soalnya

"Haah" jawabku dan dia tersenyum nipis

"Seronoklah tu dapat keluar kan akak kan?" Dia mengusikku

"Mesti lah!" Jawabku riang

"Hah, akak pergi lah keluar balik tanya dia mana pasu kat luar tu sebab biasanya pakcik Ahmad je yang tahu pasal benda macam ni. Sekarang ni dia keluar so akak tanya bos lah, ini kan rumah dia" cadang Dian

"Oh, ye eh? Kalau macam tu akak pergi tanya dia dulu lah ya" kata ku ingin melakukan apa yang dicadangkan oleh gadis itu tadi

"Okay, cepat sikit kak sebab takut bunga tu mati!" Pesannya dengan nada gurauan. Aku pula hanya tersenyum nipis sebelum memulakan langkah.

"Encik Zafran tipu saya kan?" Sergah ku dari belakangnya dan dengan pantas kepalanya menoleh sedikit dari tepi. Tampak senyuman nipis terbit dari bibirnya itu

"Bila masa aku tipu kau?" Soalnya santai

"Tak ada pun pasu kat dalam atau bekas yang cantik untuk letak bunga ni? Takkan lah saya nak letak dia dalam pinggan kot?" Aku memandang bunga mawar yang berada di tangan

"Ada aku kata kat mana ke nak cari bekas untuk bunga tu?" Soalannya membuatkan aku berfikir sejenak

Oh, dia tak ada cakap eh? Pfft, confidentnya aku!

"Tapi encik tak halang pun saya masuk dalam rumah tu kononnya nak cari bekasnya kat dalam" aku memandang ke tempat lain. Malu lah sebab dah terlebih yakin tadi hehe

"Kau ni harap je lulusan degree dari UTP, tapi kurang cerdik juga ya?" Perlinya

Aku diam dan termenung seketika. Paling tak suka apabila seseorang mula membangkitkan zaman universiti aku yang hancur di hujung cerita.

"Irdina?"

"Irdina...?"

"Hey Irdina, what's your problem?" Soalan dan lambaian tangannya yang berada di hadapan muka ku kembali membawa aku ke realiti

"Saya okay. Ini kat mana pasu nya? Saya nak isi bunga ni cepat" aku mengubah topik

"Duduk" arahnya

"Untuk apa pula? Saya nak cepat ni" rungutku

"Duduk ajelah" tegasnya tetapi nadanya tidak berubah, masih lembut cuma lebih tegas saja

"Encik pergi masuk kerja lah, saya nak sambung kerja saya juga ni" aku meninggalkannya dan menuju ke rumah kecil yang berada di hujung taman bunga ini

Bukan apa, aku cuma tak mahu ingat semula pada kejadian lalu yang menyebabkan semuanya berubah secara dratis. Lagipun, dia siapa ingin tahu kan?

"Okay, I'll leave but if you feel like you need someone to listen to your problem, I'm here" pesannya dengan suara yang sedikit kuat, sekadar ingin aku mendengar.

Belongs to Him [C]Where stories live. Discover now