Bab 25

565 46 1
                                    

8:00 pagi

Aku dan Nazirah memasukkan barang ke dalam bonet kereta. Bersyukur aku kerana barang kami sedikit sahaja, jadi tak ada lah banyak kali ulang-alik ambil barang di lobby hotel.

"Ini nasib baik kita main pecut je kak, jadi tak ada lah banyak barang yang perlu dibawa balik" sengih Nazirah

"Haah, lepas tu kami juga yang merengkeh bawa barang kau orang" celah Syakila menepuk bahu Nazirah

"Ala, bukan banyak pun yang kau orang bawa kan?" Balas Nazirah

"Entah kau, setakat bawa satu beg saja untuk diaorang, dah banyak bunyi" sampuk Dian

"Bersyukur sikit sebab aku ingat tau? Kalau nak harapkan kau orang? Lambat lagi" balas Syakila

"Aku diam pun kena" Intan mula bersuara

"Salahkan perempuan ni, cari pasal dengan aku saja kerjanya" kata Syakila menjeling Dian

"Apa yang aku cari pasalnya? Aku cuma cakap benda betul je pun" geram Dian

"Hah gaduh-gaduh, sekali bos nampak, pandai-pandai lah kau orang menjawab" kata Intan

Aku dan Nazirah hanya tersenyum melihat telatah mereka. Ramai rupanya anjing dan kucing dekat keliling aku sekarang ni haha.

"Alah, nanti jawab ajelah yang kita gaduh manja kan Dian kan?" Syakila mula menolak-nolak bahu Dian mengada

"Gedik! Kalau aku sepak kau, sampai balik kampung kau sana pun boleh" tempelak Dian menepis tangan Syakila yang sibuk menolak bahunya itu

"Sepak lah! Nanti bila aku dah sampai kampung, aku mengadu kat mak bapak aku!" Cabar Syakila

"Eh, mengadanya kau ni!" Geram Dian lagi

"Macam tak ada fungsi je saya petik nama bos tadi, Kak Zirah" Intan memandang Nazirah yang terlihat santai menutup pintu bonet kereta

"Dah, sana! Aku nak hidupkan enjin kereta ni. Jangan sampai aku langgar sorang-sorang yang sibuk bergaduh dekat bonet kereta ni nanti!" Nazirah bersuara garang dan serta merta dua orang gadis yang sedang bergaduh manja itu terdiam

Bukan setakat mereka, dengan aku-aku sekali terkejut bila Nazirah yang bersuara garang berserta ugutan yang melibatkan nyawa itu tadi.

Nazirah berjalan menuju ke tempat pemandu dengan wajah yang masih lagi ketat.

"Aku rasa jiwa encik Zafran tu dah masuk dalam diri Kak Zirah lah" gumam Dian tiba-tiba

"Aku pun rasa macam tu" Syakila mengangguk setuju

Aik? Elok dah? Tadi bukan main bergaduh macam tiada hari esok budak berdua ni. Kataku dalam hati.

"Kau orang tunggu apa lagi? Pergilah start enjin kereta juga!" Ajak Intan kerana mereka bertiga naik kereta yang lain dan dipandu oleh Dian

"Kau tengok, budak kecik ni pun dah pandai marah kita dah" kata Dian kepada Syakila

"Kau lah ni punca" Syakila menjawab

"Cepat lah! Panas ni" desak Intan mengabaikan apa yang dikatakan oleh Dian tadi

"Intan, ini baru pukul 8 pagi tau? Takkan dah panas kut?" Tanya Dian

"Banyak dosa tak?" Sakat Syakila

"Banyak dosa sebab kau orang" jeling Intan

"Ye lah, jom-jom" ajak Dian

Aku hanya menggelengkan kepala perlahan. Sabar ajelah melihat kerenah mereka ini heh.

"Kita dah nak gerak ke Zirah?" Tanyaku sejurus masuk ke dalam kereta

Belongs to Him [C]Where stories live. Discover now