Bab 4

823 69 4
                                    

Pagi ini aku tidak turun ke bawah untuk mengambil sarapan, lebih selesa makan dua bungkus roti yang aku beli sekali dengan minyak angin pada malam semalam.

Selepas sarapan, aku duduk menghadap cermin hotel. Pemandangan pada pagi itu aku tatap dengan pandangan yang kosong. Otak sibuk memproses kejadian malam tadi sehingga sekarang.

"Bukan mimpi" tuturku perlahan. Cuba menerima kenyataan.

Sungguh kejadian malam tadi membuatkan aku tak boleh tidur dengan lena. Bunyi tembakkan itu asyik membuatkan aku terjaga berulang kali.

"Ah lantak lah, bukan ada kaitan dengan aku pun" aku cuba mengalihkan perhatian dari terus memikirkan kejadian itu. Aku kembali memikirkan jalan cerita untuk novel terbaharuku nanti.

Menipu kalau aku kata yang aku tak mahu ingin tahu dengan lebih lanjut kejadian malam tadi. Tapi untuk mengulang lagi kejadian yang sama? Oh, sudah tentu aku tak mahu.

Selepas puas merenung keluar jendela hotel dengan malayan perasaan sendiri sambil menulis, aku memutuskan untuk keluar bersiar. Tapi bezanya kali ini, aku membazirkan sedikit duit dengan menempah perkhidmatan grab hanya kerana malas mahu memandu kereta sendiri.

Turun sahaja di bawah, aku menunggu grab yang telah aku pesan sebelum bersiap untuk keluar tadi sewaktu masih berada di dalam bilik. Setelah beberapa minit menunggu, akhirnya kereta Proton Persona hitam pun berhenti di hadapan aku.

"please come in" pemandu itu menjemput aku masuk dengan ramah.

Segak dan sopan orangnya, siap keluar jemput aku lagi tu. Lagak gaya macam aku ni bos dia hehe.

"Thank you" pun membalas nya dengan ramah sebelum melangkah masuk ke dalam kereta serentak dengannya.

"Cik nak pergi mana ya?" Tanya pemandu yang berada di kerusi hadapan. Aku hairan, bukan ke biasanya pemandu tu dah tahu arah tujuan kita sebelum dia sampai? Mungkin lupa agaknya, positifku

"Tolong bawa saya ke Mid Valley" balasku di belakang sambil senyum mesra

"Okay" dia mengangguk sekali sebelum memulakan perjalanan.

"Berapa?" Tanyaku sebaik sahaja turun dari keretanya

"Cik nak saya tunggu cik sekali? Nanti saya boleh hantar balik ke hotel terus dan nanti baru saya totalkan" dia menawarkan diri untuk menunggu di sini

"Eh tak perlu lah encik, saya boleh pesan grab lain nanti. Lagipun encik mesti ada pesanan baru masuk lagi kan" aku menolak sopan. Tak mahu menyusahkan dia sebenarnya.

Aku hanya mahu membeli beberapa buah novel sahaja sebenarnya tapi takut pula bila sampai di dalam kedai buku tu nanti, aku akan berlama-lama. Jadi kasian lah pula dekat budak atau abang grab ni nanti sekiranya dia menunggu aku. Aku kalau dah masuk kedai Popular tu memang lupa waktu punya.

"Saya tengah free je cik, tiada pesanan baru pun. Itu sebab saya tanya kalau cik nak saya tunggu ke apa. So cik macam mana?" Soalnya lagi

"Saya nak beli buku, takut lama lah pula nanti kesian dekat awak" balasku mula menggunakan kata ganti nama diri awak saya apabila diri mengatakan bahawa lelaki itu lebih muda dari umurku.

"Kalau mcm tu biar saya tunggu je lah, anggap saya ni pemandu peribadi cik" putus pemandu itu dengan senyuman

Aku berfikir seketika. Ada bagusnya juga kalau dia tunggu, tak ada lah nanti aku harus menunggu untuk grab seterusnya. Fikir punya fikir, akhirnya aku mengangguk setuju dan pemuda itu tersenyum dengan anggukkan aku. Budak ni nampak baik, harapnya lah.

"Saya dah bagitahu awal-awal tau kalau saya ambil masa sikit beli buku tu ya" aku mengingatkannya kembali sebelum aku melangkah pergi meninggalkannya.

6 buah buku aku letakkan di atas kaunter. 4 buah novel fiction dan 2 lagi buku motivasi.

Belongs to Him [C]Where stories live. Discover now