Bab 6

830 73 8
                                    

Makcik Mariam membawa aku ke ruangan bawah tanah. Sungguh aku tak perasan ada nya tangga di penjuru ruang tamu yang besar itu. Menariknya lagi, ini bukan ruang bawah tanah yang aku bayangkan. Ruang bawah tanah ini 100% normal seperti ruang tamu di tingkat atas tadi. Tiada penjara, tiada bilik tahan dan tiada bilik soal siasat. Ruang ini hanya dilengkapi dengan peralatan rumah yang biasa. Sofa, televisyen, dapur mini, beberapa bilik dan tambahan istimewa siap ada gym!

"Makcik, betul ke saya duduk dekat ruangan bawah tanah ni?" Aku menyoal polos. Rasa tak percaya sebenarnya.

Aku sangkakan yang aku akan di masukkan ke dalam bilik tahanan, bilik soal siasat dan sebagainya. Tapi apabila kaki menapak ke bilik yang boleh diibaratkan dua bilik digabung menjadi satu bilik di apartment aku, jadi aku sukar untuk menerima kenyataan. Aku bukan ke tahu rahsia dia? Tapi sebegini mewahkah yang aku dapat?

"Apa yang tak betulnya? Zafran sendiri yang minta suruh letak kamu di sini tau, padahal ini bilik ke dua dia" Makcik Mariam memandang aku hairan. Aku lagi lah hairan, apa pasal aku duduk dekat bilik nombor dua lelaki tu? Dah tak ada bilik lain ke? Ceh, harap aje rumah besar kedabak tapi bilik tak ada. Aku mengutuk dia dalam hati.

"Besar sangat ni makcik biliknya, tak ada bilik yang biasa aje ke?" Aku bertanya lagi

"Tak ada dah Dina, semua bilik ada fungsi sendiri dah. Kami jarang ada tetamu, itu sebab lah tak ada bilik untuk tetamu" makcik itu menggeleng sambil membuka tirai panjang yang berada di hujung bilik.

Aku mendekatinya untuk melihat-libat suasana di belakang rumah lelaki itu. Sekalian aku ingin melakukan sesuatu pada malam ini. Aku dah kata yang aku tak nak duduk sini kan? Jangan ingat aku akan senang-senang aje nak tunduk dekat lelaki bernama Zafran itu.

"Makcik, bangsal belakang tu untuk apa? Besar betul" aku menunjukkan ke arah yang dimaksudkan, makcik itu menoleh dan merenung untuk tiga ke empat saat sebelum mengeluh nafas panjang

"Bangsal itulah tempat arwah Zafran uruskan hal kerja dia, sekarang dah jadi milik Zafran la pula" dia menjawab perlahan dan berjalan mendekati kerusi dan meja kopi kecil yang tak jauh dari cermin kaca yang aku berdiri ini.

"Makcik pernah masuk? Ada apa je dalam tu?" Aku bagaikan kanak-kanak yang cuba mengambil tahu tentang benda yang baru sahaja dilihatnya pada si emak.

Makcik Mariam hanya mengangguk, kemudian menggeleng pula. Mana satu ni makcik? Jangan buat saya pening. Kataku dalam hati.

"Dulu waktu bangsal itu ayah dia yang uruskan aje lah makcik dapat masuk, tapi sejak Zafran yang jaga ni makcik tak berani pula nak bertanya dengan dia sama ada makcik boleh masuk atau tak sebab kata anak makcik bangsal tu dah diubah suai dan agak berbeza dari waktu ayahnya dulu" terang makcik itu panjang lebar. Entah kenapa, aku rasa ingin tahu lagi tentang isi di dalam bangsal itu.

"Anak makcik? Ada dekat sini ke?" Aku masih tidak berhenti menyoal. Mana tahu aku dapat bersekongkol dengan anak dia walaupun aku rasa itu agak payah. Anak buah dia semua dengar cakap dia seorang aje dho! Macam mana aku nak bodek?

"Nama dia Mikhael, tapi kami panggil Mikha. Dia anak makcik dan pakcik, kiranya sepupu dengan Zafran itu lah" jawabnya

"Lah, dia anak makcik ke?" Kagetku, benar-benar tidak menyangka kenyataan yang satu ini. Patutlah patuh semacam, abang sepupu dia rupanya! Familyhood betul lah keluarga mereka ini.

Makcik Mariam hanga mengangguk.

"Ah dah lah, kamu rehat dulu ya Dina. Makcik nak buat minum petang kejap" Makcik Mariam bingkas bangun setelah kami berdua lama mendiamkan diri.

Sebaik sahaja Makcik Mariam membangkitkan soal waktu, aku terus mengeluarkan telefon pintarku yang sedari tadi tidak digunakan. Pukul 4 petang dah rupanya, padanlah makcik tu kata nak buat minum petang.

Belongs to Him [C]Where stories live. Discover now