Bab 7

784 75 3
                                    

Semua orang mula memberikan perhatian sepenuhnya kepada kami bertiga. Semakin kuat debaran yang terasa di dalam hati tika ini.

Makcik Mariam mengambil tempat di sebelah seorang lelaki yang sudah agak berumur. Mungkin itu suaminya. Dugaku.

"Dina, sini lah duduk sebelah makcik" panggilnya setelah duduk di kerusi tersebut.

"Mikha, bangun pergi duduk sebelah Darwin sana" halau Makcik Mariam kepada anak lelakinya a.k.a adik sepupu Zafran.

Dia memandang ke arahku sebentar sebelum beredar ke kerusi yang diduduki oleh dua orang lelaki lain. Apa yang aku perasan, muka dua orang lelaki itu sama. Kembar kut.

"Duduklah" dia menjemputku duduk dengan wajah yang tidak dapatku tafsirkan. Lain macam budak ni, tadi waktu menyamar jadi pemandu tu bukan main ceria saja wajahnya.

Sejujurnya, aku mula rindukan rumah. Menipu kalau aku kata aku tak menyesal ambil cuti ilham hari itu.

"Kenalkan, ini pakcik Ahmad. Suami makcik, ayah kepada Mikha dan pakcik kepada Zafran" Makcik Mariam dengan pantasnya memeriahkan suasana di meja makan itu dengan sesi perkenalanan.

Aku mengangguk faham dengan apa yang diberitahu olehnya.

"Tiga budak bertuah ni orang kanan Zafran. Darwish, Darwin dan Mikha. Dua orang ini kembar, harap Dina tak tertukar lah nanti ya" sambung makcik itu lagi.

Aku mencuri pandang ke arah bos mereka. Dia sepertinya tidak mengambil peduli dengan sesi suai kenal kami, lebih fokus dalam menyantap makanannya saja. Langsung tiada riak wajah kurang senang atau marah sama sekali. Err, lelaki ni ada split personality ke? Bila dengan makcik dia lain, reti pula cakap elok-elok tapi bila dengan aku...fuh, bukan main!

"Makanlah, sedap kuih yang makcik buat" Zafran bersuara apabila semua turut memandangnya

"Dina makanlah ya, kuih ni makcik buat sebab tiba-tiba teringin nak makan" jemput Makcik Mariam mengambilkan aku beberapa biji kuih Keria Gula Melaka.

Aku menundukku ke bawah sebentar sebelum melemparkan senyuman buat si makcik. Rasa rinduku yang tadinya hanya pada rumah, kini mula merindui ahli keluarga sendiri yang sudah terpisah-pisah kerana masing-masing sudah mempunyai ahli keluarga sendiri. Kisah lama yang perit untuk ditelan itu menyayat hati kembali. Sakitnya mengambil masa yang lama untuk diubati sedikit demi sedikit.

"Irdina suka kuih ni?" Soal Makcik Mariam memandang aku setelah beberapa minit membiarkan aku mengunyah dan menelan beberapa biji kuih kesukaanku itu

Aku mengangguk laju. Sebak dihati ku tahankan begitu sahaja. Tak mahu menjadi perhatian untuk sekian kalinya.

"Makcik...saya dah kenyang, boleh saya basuh tangan dan pinggan sekarang?" Aku pula menyoal si makcik

"Eh tak payah lah Dina, letak aje pinggan tu kat sini. Nanti makcik basuh" larangnya

"Tak apalah, kan saya nak basuh tangan sekali. Apa salahnya kalau basuh pinggan sekali kan?" Balasku tetap mahu melakukannya

"Haih, iyalah Dina. Basuh aje lah" lelahnya. Aku hanya tersengih seketika sebelum berjalan ke arah dapur. Ada misi yang belum diselesaikan.

Masuk sahaja ke bahagian dapur yang agak ke dalam dari tempat makan, aku terus membasuh pinggan dan juga tangan sebelum membongkar setiap laci yang ada di dalam dapur yang besar ini. Mustahil benda yang aku tercari-cari itu tidak ada di sini. Dapur besar, mesti ada macam-macam.

Satu persatu laci aku buka sehinggalah laci terakhir yang agak tersorok di kabinet bawah. Aku tersenyum penuh maksud. Dengan pantas aku mengambil benda itu dan di sorokkan ke dalam tudungku dengan melilitnya di leher. Untung saja gaya tudung yang aku pakai saat ini tidak dililit pada leher, jadi tak adalah aku tercekik sekarang. Benda dah tak minta izin, takkan lah nak bawa lenggang kangkung pula kan?

Belongs to Him [C]Where stories live. Discover now