Bab 45

405 37 1
                                    

Hari ini sudah hari ke-3 selepas aku bangkit dari pingsan sebelum ini. Makan minum semua aku diberi tapi hanya sedikit sahaja setakat dua hingga ke tiga suap kerana sengaja ingin menyiksaku di sini.

Malam ini aku termenung lagi, tangan yang masih terikat dengan ketat itu sangat merimaskan aku tetapi apa lah daya aku untuk memutuskan tali itu? Disebabkan semalam aku ada cuba untuk mencapai benda yang boleh memutuskan ikatan tersebut, terus sahaja lelaki bernama Niran itu mengambil semua barang-barang dan menyimpannya entah di mana.

"Murung je aku tengok kau ni" sapa satu suara yang kedengaran sebaik sahaja dia membuka pintu tempat yang aku berada sekarang ini

"Kau nak aku buat apa? Gelak macam orang gila? Macam tu?" Loyar burukku dengan muka menyampah

"Eish, tak ada lah aku nak kau macam tu sebab aku rasa yang aku jadikan umpan ni normal lagi" dia duduk bersila di atas lantai sambil meletakkan satu beg plastik yang dia bawa.

"Nah, aku bawa makanan sedap sikit hari ni" hulurnya kepadaku

"Buta ke lupa?" Tanyaku sambil menatapnya dengan penuh rasa jengkel

Dah ikat aku sampai rasa sakit, boleh pula dia buat macam tangan dengan kaki aku ni bebas bergerak aje ya?

"Oh aku terlupa" dia tersengih

"Jadi, kau tak payah makan lah. Biar aku aje yang makan, kau tengok" dengan selamba dia menarik bungkusan makanan itu rapat kepadanya

Haih, dia ni sangat menguji kesabaran aku betul. Keluhku di dalam hati menahan rasa ingin hempuk kepalanya.

"Aku ni bukan apa, aku ni kalau suap kau...mahu nya nyawa aku yang melayang sekejap lagi kalau si suami kau tu nampak" beritahunya tiba-tiba

"Aku pun tak ingin lah nak kau suap" aku memberikan Niran sebuah jelingan

"Aku ni pun sebab kesian aje tau? Walaupun jahat-jahat macam ni, ada juga rasa nak bagi kau makan biar tak terus lepak underground" balasnya selamba

"Kau ni...orang jahat betul ke?" Tanyaku dengan pandangan tidak percaya

"Aku jahat lah, kenapa? Aku terlalu kacak ke sampai tak layak jadi jahat?" Dia mula membuat muka bangga

Aku berdecit. Perasan sungguh lah dia ni!

"Bukan" gelengku

"Habis tu?" Dia memasang riak wajah ingin tahu pula

"Orang jahat tak lepak dengan umpan dia tau?" Kataku bagi menjawab soalannya

"Hek eleh, itu je ke? Ingatkan kau nak puji aku" dia membuat muka jengkel

"Memang tak lah aku nak puji kau, muka memang dah macam penyangak. Sesuai lah" jujurku tanpa bertapis

"Walauwey...at least aku lagi kacak dari budak-budak lain yang dekat sini tau" dia menjeling aku dan aku hanya menyimpan tawa.

"Tapi kalau kau nak tahu, aku ni tak jahat sangat dengan umpan sebab kau orang cuma jadi bahan untuk kami tarik perhatian musuh aje...jadi buat apa nak seksa, betul tak?" Dia bertanya kepadaku pula

Ini kalau dagu aku boleh jatuh ke tanah, dah lama jatuh tahu? Lain betul cara si Niran ni berfikir!

"Kau ni patut menang anugerah penyangak paling unik" kataku

"Ha, kau bagi lah aku anugerah tu" cadangnya

"Kalau kau lepaskan aku, aku jamin yang aku akan bagi" aku cuba untuk membuat dia termakan dengan kata-kataku

"Betul eh?" Dia membuat muka seakan-akan tidak percaya

"Aku ada duitlah, boleh bagi punya!" Kataku dengan muka yakin

Belongs to Him [C]Where stories live. Discover now