Bab 2

1.1K 70 5
                                    

"Berapa banyak kau bawa buku untuk pelancaran hari ni Laura?" Soalku sambil mengangkat kotak yang berisikan buku yang akan dilancarkan sebentar lagi

"500. Sekali nak hantar terus dekat kedai buku area sini dengan Puan Dayang nanti. Tapi yang lain dalam lori lah, kalau angkut bawa sini semua sekali nanti naya aku" balas Laura yang sedang menguruskan pentas kecil bersama berapa orang pekerja lagi

"So yang kau bawa turun ni berapa?" Soalku ingin tahu jawapan

"Dalam seratus lebih walaupun aku tahu yang datang hari ni cuma 60 orang je" jawabnya

"Kalau ramai sangat pun nanti rasa tak special" tuturku mengetahui sikap Laura yang tak berapa nak suka keramaian yang sesak.

Dia mengangguk sebelum memandang aku kembali.

"Eh weh, nanti waktu aku lancarkan buku tu kan...kau tolong lancarkan yang version Wattpad punya boleh? Dah siap kan?" Soal Laura

"Aku dah siapkan, jadi kau tak perlu risau. Kalau tak sempat pun aku boleh minta Zara publish kan sebab dia nanti ada dengan aku dekat meja depan tu" balasku, tiada masalah untuk membantunya

"Thanks Dina, sayang kau" ucap Laura yang lari terus memeluk aku. Aku membalas pelukkannya selepas beberapa saat dia masih tak melepaskan aku.

"Jangan lupa belanja kitaorang makan malam nanti" aku mengingatkan janjinya untuk mengajak beberapa rakan sepejabat serta Puan Dayang bagi meraikan pelancaran buku nya yang ke 6 didalam pelukkannya itu

"Ceh" Laura berdecit sebelum merungkaikan pelukan kami.

"Argh, penat nya hari ni" kataku sambil menyandarkan diri pada kerusi dengan mata yang tak lepas melihat ke arah stage yang sedang Laura duduki. Khusyuk berbual bersama para peminatnya.

"Lama lagi ke nak habis Zara?" Aku menoleh ke arah Zara yang berada disebelah pula

"Lagi 30 minit" jawabnya

"Laura ada buat list nama fans dia yang datang kan? Ada yang tak datang ke?" Tanyaku terus mengambil dan menyemak kertas yang mengandungi senarai nama para hadirin hari ini

"Ada kak, dalam 5 orang tak silap saya" balas Zara

"Sayangnya, benda dah free tapi tak dapat datang pula" aku mengeluh. Peluang untuk dapat buku percuma bersama tanda tangan penulis bukan lah sesuatu hal yang mudah kerana peminat perlu bertindak pantas memberikan nama dan serba serbi maklumat tentang diri bersama tujuan mereka untuk menghadiri majlis pelancaran di dm instagram kepada pihak Writer Jet untuk dipilih menghadiri majlis ini. Kerusi yang disediakan sangat terhad mengikut tempat, jadi sebab itulah hanya peminat yang bertuah saja dapat menghadirinya

"Itulah" sokong Zara.

Setelah merasakan tiada apa-apa perkara yang perlu dilakukan, aku dan Zara mengambil keputusan untuk tidur sebentar bagi mengisi masa yang berbaki 30 minit ini sebelum pulang ke rumah.

Beberapa minit kemudian aku terdengar ada seseorang yang bersuara di hadapan meja yang sedang aku tiduri ini.

"Miss, may I ask a question?" Sapanya dengan tidak bernada

Aku pantas menegakkan badan 180° walaupun masih dalam keadaan mamai.

"Sure" balas aku dengan senyuman segaris dibibir. Menutup malu baru bangun tidur sebenarnya.

"Writer Jet Laura right?" Tanya lelaki yang berbaju kemeja putih dengan tali leher hitam pekat sama seperti seluarnya. Pemakaiannya sama seperti orang yang bekerja di pejabat. Sangat formal dan kemas

"Ya encik, nama encik siapa ya? Biar saya cari di senarai nama dulu" balas aku sambil mengambil kertas yang mengandungi senarai nama hadirin tadi di atas meja yang aku tidur tadi.

Belongs to Him [C]Where stories live. Discover now