Special Chapter

490 36 5
                                    

"Baiduri sayang...kita memang kena temu ramah hari ni ke?" Tanya Zafran yang masih lagi mamai di atas katil sana

"Ya, jadi abang tolonglah pergi mandi cepat. Orangnya dah dalam perjalan tau!" Aku menarik lengannya untuk bangun dari kekal duduk

Zafran mengikuti rentakkan kakiku yang membawa dirinya sehingga ke depan pintu bilik air. Lampu dan pintu bilik air sudah pun siap terpasang untuknya.

"Dah, pergi mandi cepat!" Arahku sambil bercekak pinggang

"Hm..." Dia mengeluh sambil mengusap wajahnya dengan kaki yang melangkah lemah masuk ke dalam bilik air.

Aku yang baru sahaja ingin melangkah pergi dari pintu bilik air itu pun terhenti dek kerana ditahan oleh si suami.

"Apa?" Soalku bernada sedikit tegas. Aku nak cepat ni, dia boleh pula melambatkan aku ya?

"Uhm...?" Dia menarik aku agar semakin dengan dirinya sebelum disuakan pipi kanannya itu kepadaku

"Abang busuk, pergi mandi dulu!" Seakan mengerti apa yang dia mahukan, aku terus menggelengkan kepala

"Alaa sayang!" Rengeknya

"Eh abang, jangan nak megada boleh?" Aku mengecilkan mata dan menatap dia tajam bagaikan seorang emak yang sedang memberikan amaran kepada sang anak

Dia mengeluh sekali lagi dan diam buat beberapa saat sebelum menunjukkan wajah yang teruja.

"Okay, abang mandi dulu!" Dia melepaskan cengkaman dari lenganku dan terus menutup pintu bilik air dengan senyuman yang terukir dibibir. Entah apa bendalah yang sedang difikirkan sampai happy macam tu sekali.

Aku terus turun ke tingkat bawah dan melihat Nazirah sedang sibuk menyediakan sarapan pagi. Aku menghampirinya untuk turut sama membantunya pada pagi ini.

"Eh akak, akak tak payah lah tolong saya. Dah nak siap dah pun" Nazirah melarang

"Tak apa lah, yang penting akak dapat tolong" jawabku bersama senyuman manis.

"Oh ya, Nazirah" aku memanggil namanya

"Ya kak?" Nazirah menoleh

"Madam Mayyah dekat mana?" Tanyaku setelah cuba mencari kelibat sang ibu kepada Zafran itu dari tempat makan ini

"Madam Mayyah ada dekat taman bunga tu kak" Nazirah menjawab pertanyaanku

"Iya ke? Patutlah akak tak nampak dia lalu-lalang dekat area sini" kataku pula

"Dia memang ke sana dari saya nak mula masak, kak" balasnya memberitahuku info tambahan dan aku hanya mengangguk faham

"Kalau macam tu, akak pergi panggil madam dulu lah ya? Nak ajak dia sarapan sekali" kataku sebelum berjalan ke arah singki

"Okay, akak panggil lah ya" dia mengangguk setuju.

Maka, aku pun berjalan menuju ke pintu utama dan menolak pintu tersebut dengan kekuatan yang ada. Sejak aku dah lama duduk sini, makin sado otot-otot aku disebabkan nak buka tutup pintu ini ya.

"Good morning mama~" sapaku sambil berjalan sedikit mengada seperti anak yang ingin membodek emaknya untuk membeli sesuatu benda

"Hei, macam mana Dina tahu mama kat sini?" Makcik Mayyah bertanya setelah menoleh ke arahku

"Senang je, Nazirah yang beritahu" jawabku bersama sengihan di wajah.

"Come, duduklah dengan mama" ajaknya dan dengan pantas aku mengambil tempat di ruang kosong yang ada di sebelahnya.

"Mama buat apa dekat sini?" Tanyaku polos

"Saja duduk dekat sini sekejap, nak ubat rindu mama pada arwah papa..." Dia mengukir senyuman hambar dan aku pula hanya menganggukkan kepala sebagai tanda memahami.

Belongs to Him [C]Where stories live. Discover now