Bab 18

482 59 1
                                    

"adoi!" Aku mengadu kesakitan apabila kaki terlanggar sofa yang berbentuk L itu.

Terus aku duduk terjelepuk di atas lantai yang beralaskan karpet. Sakit dia tu boleh tahan ya.

"Dina! Kamu kenapa ni ya Allah" risau Makcik Mariam. Laju dia menghampiriku yang sedang mengusap kaki kaki sendiri

"Tak ada apa lah makcik, saya terlanggar sofa ni je waktu saya nak ke bilik tadi" jawabku

"Ini okay tak ni? Makcik pergi ambil minyak gamat lah, makcik urutkan bagi lega" Makcik Mariam bingkas bangun semula sebelum aku menghalangnya

Diurut? Jangan weh, meraung nanti aku menahan sakitnya. Ada baiknya aku menghalang makcik itu selagi sempat dari membiarkan dia meneruskannya niatnya.

"Tak perlu lah makcik, sikit je ni" halangku

"Sikit apa macam ni? Kamu dengan dahi berkerut seribunya" risaunya

"Betul makcik, saya okay ajelah" aku cuba meyakinkannya

"Haih ye lah, ini boleh bangun tak ni?" Tanyanya setelah bersetuju untuk tidak mengambil minyak gamat dan mengurut kaki ku

"Boleh makcik" jawabku

"Sini makcik tolong sekejap" dia menghulurkan tangannya dan aku menggapai hulurannya dan terus bangun dari terus-terusan terjelepuk di atas lantai ini

"Terima kasih makcik" ucapku

"Sama-sama. Dah, pergi sambung kerja yang kamu nak buat tu" suruhnya

"Baik" aku tersengih

Masuk sahaja ke dalam bilik, aku menilik semula setiap penjuru bilik sehingga sepelusuk almari aku selami untuk mencari sama ada cctv yang bersembunyi di sini atau tidak. Seram weh kalau betul-betul ada cctv yang tersembunyi di sini.

Aku terbaring di atas katil. Kelelahan setelah puas membongkah segala laci dan celah-celah yang ada bagi memastikan bilik ini bebas dari cctv tersembunyi. Aku menghembus nafas lega, benda yang aku cari tiada di sini. Baguslah kalau Zafran itu masih tahu menghormati privasi seseorang.

Dan tiba-tiba saja aku rasa mata aku semakin kuyu. Semakin berat mata ini aku rasakan, mungkin mahu tidur. Bagus juga jika aku berehat sebentar sebelum masuk waktu tengah hari nanti.

1.50 petang

Tidurku terganggu disebabkan ada seseorang yang sedang menggoncangkan badanku. Aku menggeliat sedikit sebelum bersuara.

"Hurm...lima minit lagi please" pintaku dengan mata yang masih lagi terkatup

"Dina, bangun makan dulu nak. Ini dah nak pukul 2 petang dah ni" suara itu memanggilku lagi

Aku membuka mata sedikit. Oh...Makcik Mariam rupanya.

"Huaargh, dah pukul 2 ke makcik?" Aku akhirnya membangunkan diri dengan duduk terlebih dahulu sambil menguap, kalau terus bangun nanti aku akan pening

"Belum pukul 2 tapi hampir, jadi bangun ya Dina? Ini dah solat zohor belum? Kalau belum pergi solat dulu, lepas tu makan ya" pesannya

Aku hanya mengangguk lemah. Masih cuba mengumpul nyawa.

"Dah, makcik keluar dulu. Kamu jangan sambung tidur balik pula" ujarnya lagi dan sekali lagi aku hanya menganggukkan saja pesanannya itu

"Okay, bye bye makcik" aku melambaikan tangan kepadanya

Beberapa minit setelah makcik itu pergi, aku bangun dan terus mengambil tuala yang tergantung. Tadi aku gym kot, tak akan lah tak nak mandi kan? Mahu bau kepam dekat rumah ni nanti.

Belongs to Him [C]Where stories live. Discover now