Bab 44

390 39 1
                                    

Aku cuba untuk berpusing bagi mengubah kedudukkan aku tetapi apabila kulit mula merasakan tekstur lantai yang berpasir itu, terus aku mengusahakan untuk membuka mata dari terus terpejam. Dengan perlahan-lahan mataku terbuka dan dapat mengesan cahaya yang datang dari luar tempat ini.

Apabila aku cuba menghirup udara, terus aku terbatuk-batuk disebabkan tempat ini dipenuhi dengan debu. Aku berbaring semula kerana badan yang terasa sakit dan aku tidak pasti apa puncanya. Kemudian aku gagahkan juga diri untuk bangun walaupun bukan terus berdiri, sekurang-kurangnya aku mahu duduk.

Aku amati sepenuhnya suasana tempat ini sebelum benar-benar mengagahkan diri untuk duduk. Tempat ini bilik, bilik kosong yang tidak berpenghuni atau lebih tepatnya ini adalah rumah atau banggunan kosong yang belum siap sepenuhnya dan masih belum boleh digunakan.

Aku dekat mana ni? Hati mula bertanya. Sepertinya akan bahaya sahaja kalau aku bersuara, takut kalau ada orang yang sedang menjaga di luar.

Aku cuba untuk mencari sesuatu benda yang boleh membebaskan aku dari terus terikat tetapi malangnya sebelum aku mula bergerak dalam keadaan duduk, bunyi telapak kaki terlebih dahulu menyapa halwa telingaku. Aku pun apa lagi? Terus membaringkan diri seperti tadi supaya tidak disyaki oleh orang yang sedang berjalan ke arah sini. Mata pula aku tutup rapat seperti sedang tidur bagi menyempurnakan lagi lakonan aku.

Kedengaran ada beberapa suara yang sedang bercakap diluar bilik ini dan apabila aku cuba curi-curi dengar bahasa yang mereka gunakan sepertinya...aku sedang tidak berada di Malaysia atau lebih tepatnya aku mungkin berada di Thailand kerana bahasa yang mereka gunakan untuk bercakap sesama mereka itu sama bahasanya seperti yang digunakan oleh orang Thailand.

Kenapa? Kenapa aku sampai dibawa ke Thailand ni? Jantung terus berdegup kencang menandakan aku tidak dapat berlagak berani lagi. Aku buat salah apa sehingga diangkut ke tempat ini?

"Oh, masih belum bangun?" Dia bertanya menggunakan bahasa Melayu loghat kelantan

Nak kata aku ni pandai cakap kelantan tu, memang tak lah. Cuma kalau setakat untuk faham apa yang dikatakan oleh mereka itu, aku boleh lah juga sikit-sikit.

"Kau sabar sikit eh, kitaorang ni cuma nak laki kau aje..." Suaranya kedengaran dekat sahaja denganku

"Lepas laki kau mati, kau boleh kahwin dengan kawan aku dan biar aku dan anak-anak buah aku pecah masuk negara kau sesuka hati ya..." Sambungnya lagi

"Niran!" Terjah seseorang dari luar bilik

"Hah kau, sampai juga akhirnya" jawab lelaki yang tak jauh dariku ini

"Kau bawa bakal bini aku, mestilah aku kena sampai sini" lelaki yang baru sahaja masuk ke dalam bilik itu membalas

"Ceh, aku bukan nak dia pun" dia berdecit.

"Kau tak ada buat dia ada luka, kan?" Tanya lelaki itu

"Jangan risau, aku tak akan biarkan anak-anak buah aku jentik dia walau sikit pun" jawab lelaki yang dipanggil Niran itu

"Dah, aku keluar dulu. Kau borak lah dengan bakal bini kau ni dulu" pamit Niran dan aku terdengar ada langkah kaki yang berjalan keluar dari bilik ini.

Siapa pula lelaki yang mengaku yang aku ni bakal isteri dia? Perasan betul.

"Hai sayang, lama tak jumpa..." Dia mula berbicara denganku

Kalau bukan aku sedang berlakon tidur, mahu aku sudah buat bunyi mahu muntah saja tadi. Haih, sabar ajelah hati.

"Sayang tidur aje, tak nak bangun ke?" Tanyanya

"Lepas anak si Rasydan tu mati dalam tangan kami, automatik sayang akan jadi milik saya semula. Sabar ya?" Sambungnya lagi sebelum langkah kakinya pergi ke tempat lain dan aku yakin, pasti dia masih ada dalam bilik ini lagi

Belongs to Him [C]Where stories live. Discover now