Bab 40

435 48 3
                                    

"kau tengah diet ke Dina?" Laura menarik kerusi

"Tak ada lah, kenapa?" Tanyaku semula sambil meletakkan satu pinggan makanan untuk aku pula

"Oh, ye ke? Aku ingat kau diet sebab awalnya pagi-pagi lagi dah kena makan sayur saja" sengihnya

"Sorry, aku nak kena cepat pagi ni ni. Sebab tu lah aku buat salad sayuran aje, tapi masih ada ayam kan dalam tu?" Aku melihat mangkuk yang berisi salad sayuran itu

"Ya, ada-ada" angguknya dan terus menyuapkan makanan itu ke dalam mulutnya

"Eh tapi kau kata nak cepat tadi tu nak pergi mana?" Tanya Laura memandangku

"Aku nak keluar, kau okay kan?" Tanyaku semula selepas menjawab benda yang ditanya olehnya

"Pastikan kau balik rumah ya lepas tu? Jangan tahu-tahu nanti kena culik lagi" dia tidak menjawab pertanyaan yang aku lontarkan tadi, sebaliknya dia sempat memerliku

"Ish kau ni, aku balik lah!" Jawabku bersama jelingan

"Baguslah kalau begitu" dia terangguk-angguk

"Sebenarnya aku pun nak keluar juga" ujar Laura sewaktu aku sedang membasuh mangkuk dan juga gelas air yang aku gunakan tadi

"Ke mana? Dating dengan bakal tunang ke?" Aku tersengih sewaktu sedang membasuh segala alat makan tadi

"Lebih kurang macam tu kot, sebabnya dia ajak aku pergi teman dia berlatih sekejap" balas Laura

"Latihan? Latihan apa? Bola?" Tanyaku bertalu-talu

"Aku pun tak pasti lah, dia tak ada bagitahu aku pula" jawabnya

"Family kau tahu?" Tanyaku lagi

"Tahu, dia minta izin dulu dari family aku sebelum dia tanya aku nak teman ke tidak" jawabnya

Membulat mata aku sewaktu ingin menutup pili air di singki itu dan terus aku kembali ke meja makan yang menempatkan Laura di situ.

"Wah, dia minta izin weh?" Aku mengajukkan soalan dalam nada tidak sangka

Laura hanya mengangguk sekali bersama riak wajah hairan.

"Kenapa?" Tanya Laura pula sebelum diteguknya air lemon panas yang aku buat

"Berani ya dia minta izin dengan keluarga kau untuk bawa kau keluar?" Aku duduk sebentar di atas kerusi

"Dia memang macam tu orangnya, kenapa? Terkejut?" Tanya Laura bersama senyuman senget

Bagi orang lain mungkin itu benda biasa tetapi bagi aku pula, aku cukup kagum dengan perangai lelaki yang ingin menjadikan Laura ini sebagai suri hatinya. Bukan selalu ya ada lelaki yang minta izin dari ahli keluarga buah hati untuk membawa anak diaorang keluar, jadi aku rasa Laura beruntung kerana dapat jumpa dengan lelaki seperti itu.

"Sikit" anggukku dan Laura pula hanya tertawa kecil

"Dah, kau pergi bersiap sana. Kata nak keluar, kan?" Dia bangun dari duduknya dan menuju ke arah singki dapur

Aku hanya mengangguk sekali dan terus menuju ke bilik untuk bersiap seperti yang disuruh oleh Laura.

"Latihan, kan?" Aku cuba mengingati ajakkan Zafran di aplikasi WhatsApp itu tadi

Setelah menyemak semula ajakkan Zafran, terus aku membuka almari dan memilih pakaian yang sesuai untuk pergi menemani dia latihan.

Beberapa minit membelek pakaian, akhirnya aku memutuskan untuk memakai jersey berwarna hijau pudina yang mempunyai gabungan warna hitam. Jadi untuk tudung dan juga seluar, aku memilih warna hitam bagi mengikut gabungan warna tersebut.

Belongs to Him [C]Where stories live. Discover now