Bab 31

454 52 5
                                    

"2 minggu sebelum saya terjumpa dengan Aniq, mak ayah serta dua orang adik beradik saya meninggal. Mereka terlibat dalam kemalangan antara kereta dengan lori, mereka naik kereta jadi...tak dapat diselamatkan dan kalau awak nak tahu, semuanya bermula dari..." Ceritaku ringkas sebelum masuk ke perjalanan kisah

4 March, 4 tahun lalu

"Adik, jangan lupa lepas je kau balik dari U tu terus balik kampung" pesan Kak Syuhadah sewaktu aku sedang sibuk berkemas

"Ya, aku ingatlah kak" Balasku

"Eleh, ingat aje ya? Tahu lah bakal jadi isteri orang minggu depan" sakatnya di dalam telefon

"Ish, mana ada!" Maluku, wajahku saat ini sudah memerah seperti tomato ya

"Kalau tak ada tu cepat sikit! Jangan lambat-lambat. Bakal pengantin pun kena buat kerja ya, jangan tahu nak kahwin aje!" Tegas Kak Syuhadah

"Eee aku tahu lah!" Balasku geram. Apa? Ingat aku ni pemalas sangat ke hah?

"Dah lah, layan kau ni sampai bila-bila tak habis. Banyak songeh betul bila dah nak dekat jadi isteri orang ni" kutuknya sebelum menamatkan panggilan tanpa membiarkan aku menjawab terlebih dahulu

"Aku juga yang kena ya?" Gumamku sendiri sebelum mencampakkan telefon ke atas katil

"Tengok ni guys, bakal pengantin baru kita dah nak balik kampung~" sakat rakan sebilik aku

"Kau orang jangan lupa datang tau" pesanku

"Mestilah datang, kau kawan kitaorang kot!" Jawabnya

"Eh, nanti lepas kahwin tu bawa lah encik suami teman waktu gradution day" sambungnya lagi

"Insya-Allah" balasku dengan senyuman

"Aku balik dulu eh? Byee" lambaiku sebelum mengangkat bagasi ke luar bilik

"Okay, hati-hati Safira" dia membalas lambaianku.

Memandangkan hari sudah semakin petang, aku memutuskan untuk terus bergerak pulang ke Melaka sebelum matahari terbenam seperti yang Kak Syuhadah pesan tadi.

Telefon di kocek seluar aku ambil dan mencari nombor orang yang aku sayangi iaitu emak.

"Asslamualaikum emak! Safira dah nak gerak balik dah ni, emak dah gerak ke?" Tanyaku sebaik sahaja panggilan aku terjawab

"Wa'alaikumussalam, dah nak gerak dah? Jadinya ni kamu terus balik rumah nenek dari sana lah ya?" Tanyanya semula tanpa menjawab pertanyaanku terlebih dahulu

"Haah, orang gerak dari sini aje lah sebab ni dah pukul 3 dah pun. Kalau balik rumah mak nanti macam makan masa pula, emak okay ke kalau orang terus gerak rumah nenek tanpa singgah sana dulu?" Tanyaku selepas menjawab pertanyaannya

Kenapa aku buat majlis di rumah nenek aku yang berada di Melaka? Sebabnya emak aku lah yang nak buat di sana. Aku pula jenis tak kisah kalau nak buat di mana-mana sekalipun, asalkan ada majlis tu sudah lah dan Aniq pun tiada masalah juga dengan cadangan emakku itu.

"Emak tak kisah sebab nanti bila dah sampai rumah nenek kan jumpa juga" balas emak

"Betul ni?" Aku meminta kepastian

"Betul lah, kamu tak perlu risau. Kita jumpa di sana aje ya?" Kata emak. Entah mengapa, aku rasa sayu pula mendengarkan kata-kata emak di bahagian akhir ayat itu

"Hm, okay. Nanti kita jumpa kat sana ya emak? Tolong kirimkan salam dengan abah, Kak Nilam dan Abang Syakir tau" pintaku

"Nanti emak sampaikan, kamu tu hati-hati memandu. Kami dah nak gerak juga ni, jadi emak letak telefon dulu" katanya sebelum menamatkan panggilan kami.

Belongs to Him [C]Where stories live. Discover now