Bab 39

389 42 6
                                    

"ada, tapi aku tak tahu nak terangkan rasa yang macam mana" tuturku perlahan

"Okay, meh sini aku cuba tolong jadi doktor cinta kau ya?" Dia mula duduk bersila di atas sofa sambil menghadap aku

"Amboi, kau pun bukannya baru putus? Kenapa nampak macam dah sembuh aje?" Tanyaku ingin tahu

"Alah, benda tu memang sakit tapi sekejap aje sebab kitaorang dulu bukannya ada status tunang ke apa kan? Jadi relaks lah" balasnya dengan riak wajah yang sangat tenang

"Wah, macam tu ya?" Aku sedikit terkedu dengan jawapan yang diberikan olehnya

"Ya, sebab hidup ni kau tak boleh nak terkurung selamanya dekat orang lama yang dah hancurkan hati kau tu" angguknya

"Sejak bila kau ni matang, Laura?" Aku menekup mulut. Sengaja ingin berdrama

"Aku ni nampak aje suka main-main dan berdrama, tapi tak ada lah setiap masa" jelingnya

"Bukan setiap masa ke sebelum ni?" Perliku

"Kau nak aku menangis meraung ke dekat rumah kau? Boleh aje, kejap eh" dia bingkas bangun dari duduknya untuk memulakan kelas lakonan dia dan tidak pula aku menghalang dia dari meneruskannya

"Oh my god, Dina! Aku masih tak move on dengan ex aku, macam mana ni? Dia dah kahwin dah pun dengan orang lain..." Laura berlakon seolah-olah ingin menangis

"Dia sanggup tinggalkan aku! Tak sangka, setia aku dianggap remeh oleh dia" kini nada suaranya seakan-akan kecewa pula

Aku yang berada di atas sofa itu mengekek ketawa dengan gelagat Laura ini. Sungguh dramatis!

"Tapi tak apa, aku akan buktikan yang aku tak lemah! Lepas ni, aku nak pergi cari sugar daddy" dia mematikan lakonannya dan terus menghamburkan diri di sebelah aku semula

"Eleh, ada hati nak cari sugar daddy, lelaki sakat sikit pun kau dah nak lepuk kepala dia" aku mengerling dia disebelah

"Itu sebab diaorang gatal!" Balas Laura pantas

"Menuduh aje kan kerja kau ni? Tak faham makna bergurau ke?" Tanyaku

"Ah, tak ada istilah bergurau dengan aku bila bercakap dengan lelaki" Laura membuat muka serius

Beginilah dia, kalau dah bercinta dengan seorang lelaki itu memang hati dia selembut bak kain sutera tetapi kalau lelaki itu baru dikenali atau tidak akrab dengannya, mahu sejuk beku kawan tu disebabkan dia. Pandang orang macam nak terkam tau dia ni kalau tengah bercakap dengan lawan jenis, serius semacam!

"Iyalah, Laura" gelengku.

"Oh ya, kau tak cerita lagi yang kau kata kau dah jumpa jodoh yang tersesat tu" aku memandang wajahnya

Laura yang sedang mengamati cerita Totally Spies sambil mengunyah jajan yang diambil dari dapur itu memandang aku dan dia terus memperbetulkan duduknya.

"Pasal tu..." Jelas diwajahnya terpamer riak malu disitu

Aku yang berada disebelahnya itu pun menunggu dengan sabar untuk dia meneruskan ceritanya.

"2 minggu lagi aku tunang, Insya-Allah" ucapnya malu-malu

Aku yang sedang meneguk air mineral itu pun terus tersedak disebabkan perkara yang baru dikatakan oleh Laura sebentar tadi.

"Kau ni, jangan lah sampai tersedak!" Marah Laura sambil menepuk-nepuk belakang aku

Setelah reda, aku menatap wajah teman baikku ini dengan tatapan yang penuh tanda tanya.

"Kenapa tiba-tiba sangat ni?" Tanyaku

"Entah, aku pun tak tahu sebenarnya kenapa aku terima dia" jawabnya sambil mengangkat kedua belah bahu dan dijatuhkan semula

Belongs to Him [C]Where stories live. Discover now