Bab 36

428 42 5
                                    

"aku rasa macam nak masuk office balik lah" gumamku sendiri saat sedang menatap skrin laptop

Makin lama, semakin bosan ya duduk di rumah ini dan keluar apabila ingin membeli barang sahaja. Apa lagi yang aku nak buat dekat rumah? Selain tidur, masak, makan dan menonton televisyen sambil membuat kerja itu sahaja lah rutin seharian aku sekarang ini.

"Tak payah, kalau kau masuk office nanti kau senang stress. Kalau kau stress, hidung kau tu berdarah tahu?" Sergah satu suara

"Woi mak kau patin!" Aku terlatah apabila aku dapat rasa adanya sentuhan dia bahuku

"Kau ni kak, cuba jangan masuk rumah orang macam pencuri boleh tak?" Marahku sebaik sahaja wajah Kak Syuhadah aku pandang

"Tak boleh" gelengnya

"Lantak kau lah" malas aku ingin bergaduh dengan dia saat ini.

"Dina" panggilnya

"Apa?" Aku mengerlingnya di samping

"Kau ni tak takut ke duduk buat kerja dalam bilik? Dah lah duduk sorang, lepas tu biar aje ruang tamu depan tu sunyi macam itu aje" tanyanya ingin memulakan bebelan

"Bukan sehari dua kak Dina duduk sini, jadi apa nak takut? Safety dekat sini pun terjamin apa?" Jawabku

"Memanglah, tapi tak salah kan kalau aku nak suruh kau berjaga-jaga? Lagipun, bahaya tau cara kau ni, ada ruang tamu yang luas pun tak nak guna" dia meneruskan bebelannya

Aku menarik nafas sedalam-dalamnya sebelum menarik senyuman paksa. Sebenarnya apa hajat kakak aku datang kemari eh? Dia tak kerja ke apa? Tanyaku sendiri di dalam hati.

"Kak, kau tak kerja ke hari ni?" Aku mengalihkan topik

"Kerja, ini aku nak suruh kau keluar sebab nak suruh kau jaga anak-anak buah kesayangan kau lah" jelingnya

"Kak, kau serius lah nak suruh adik kau ni jadi babysitter diaorang?" Aku bagaikan tidak percaya

"Seriuslah, kau fikir akak main-main?" Dia memandangku dari atas hingga bawah dengan sinis

"Gaji berapa kau nak bagi?" Tanyaku. Apa? Ingat free-free aje ke aku nak jaga walaupun itu anak-anak buah kesayangan aku sendiri? Kakak aku ni nak suruh aku jadi babysitter anak dia secara tetap tau, bukannya sementara waktu ya

"Kau ni, tak ikhlas betul nak jaga anak buah sendiri!" Cebiknya

"Bukan tak ikhlas, tapi kau ni nak jadikan aku babysitter tetap diaorang jadi kena lah berkira sikit" jujurku

"Haish kau ni, iyalah! Nanti akak dengan abang kau bayar lah, jangan risau" balasnya dan bingkas bangun menuju ke pintu bilik aku

"Okay nice, macam ini baru lah semangat aku nak menjaga" aku bersorak kegembiraan sebelum turut keluar dari bilik sendiri

"Athirah!!" Aku berlari mendapatkan si anak kecil yang sangat aku rindui itu

"Auntie!!!" Dia yang tadinya sedang bermain dengan anak patungnya itu pun terus berlari mendapatkan aku juga dan dalam sekelip mata, anak bongsu kepada Kak Syuhadah itu sudah berada di dalam dakapanku

"Auntie pergi mana sebelum ni? Ibu kata auntie pergi bercuti, tak ajak pun hmph!" Dia memeluk badan apabila kami meleraikan pelukan tadi

"Auntie bukan bercuti ajelah sayang, auntie pergi buat kerja sekali...jadi Ira mana boleh ikut" pujukku tetapi mata ini tajam memandang si kakak yang sedang menahan tawa

Sah, dia ni memang sengaja aje nak buat aku kena pujuk anak dia yang boleh tahan kuat merajuk ini! Kesalku dalam hati.

"Oh...bos auntie tak bagi auntie bawa Ira ke?" Soalnya polos dan aku mengangguk sekali dua

Belongs to Him [C]Where stories live. Discover now