01 🧡

136 18 0
                                    

Eun Jung cuba mengawal reaksi wajahnya apabila Ji Woong datang menghampiri dirinya secara tiba-tiba. Apa lelaki yang diminatinya selama tiga tahun ini akhirnya menyedari kehadirannya dan turut mempunyai perasaan yang sama? Ah, Eun Jung mula berangan sampai ke situ.

Ji Woong menatap wajah gadis itu bersama senyuman kacaknya. Tangannya menghulur sebuah kotak kecil bersama sepucuk surat pada Eun Jung. Hati gadis itu berdetak laju. Tangannya terketar-ketar menyambut pemberian Ji Woong itu. Kalau ikutkan kemahuannya sekarang, dia mahu meloncat kegembiraan.

Namun, ayat yang keluar dari mulut Ji Woong telah mematahkan hatinya.

"Tolong saya berikan ini kepada Byeol. Boleh kan?"

Rasa seperti hati Eun Jung dicucuk kejam.

Kening Ji Woong berkerut sedikit melihat Eun Jung diam sahaja.

"Boleh?"

"Huh?"

"Awak kawan Byeol, kan?"

Lambat-lambat Eun Jung mengangguk. Ji Woong tersenyum lega. Akhirnya.

"Harap pemberian saya ini sampai pada Byeol." Ujar Ji Woong. Wajahnya serius.

Eun Jung menjeling dalam diam. Ingat dia mahu sangat ke?

Iya memang.

"Okey. Nanti saya sampaikan pada dia." Eun Jung senyum lebar. Ji Woong mengangguk kecil.

Tanpa berterima kasih dan berkata apa-apa lagi, Ji Woong mula mahu melangkah pergi.

"Ji Woong,"

Lelaki itu berpaling semula lalu mengangkat sebelah keningnya.

Eun Jung mengemam bibirnya. Malu pula mahu beritahu tetapi.. tak apalah.

"Nama saya Eun Jung."

Selepas itu terus Eun Jung berlari anak pergi dari situ.

OG : CRUSH 으깨다 ° ZB1 JIWOONGWhere stories live. Discover now