10 🧡

50 20 0
                                    

Eun Jung mencuba nasib. Selepas jam 10 malam, dia keluar dari rumah mahu ke sesuatu tempat. Tidak lupa dia meminta izin daripada abangnya.

Gadis itu berjalan sehingga sampai di kawasan taman permainan. Dari jauh dia sudah dapat melihat gerangan seseorang di salah satu buaian di situ. Tiada orang lain yang berada di kawasan itu pada waktu gelap seperti ini kecuali Ji Woong.

Eun Jung berlalu ke sana dan duduk di buaian sebelah lelaki itu.

"Hai." Sapanya.

Ji Woong hanya senyap, khusyuk memandang langit.

"Pasal kejadian dekat sekolah pagi tadi, mesti sakit kan jatuh? Saya betul-betul minta maaf. Saya tak perasan awak ada dekat situ." Ujar Eun Jung perlahan, cukup untuk didengari mereka sahaja.

Ji Woong tiba-tiba tersenyum nipis lalu berpaling melihat Eun Jung.

"Saya tak marah pun dan saya okey. Jangan rasa bersalah."

Eun Jung angguk perlahan. Dia menatap wajah Ji Woong. Seperti tempoh hari, dia merasakan lelaki itu sedang bersedih.

"Awak.. okey?"

Senyuman Ji Woong mengendur. Wajahnya berubah. Eun Jung tidak sedap hati. Apa dia salah tanya?

"S-saya bukan nak menyibuk tapi.." Eun Jung mengemam bibir lalu menunduk.

"Awak macam simpan sesuatu yang buatkan awak bersedih. K-kalau awak sudi, awak boleh kongsi dengan saya."

Satu perkara yang dia masih ingat, Ji Woong adalah lelaki yang disukainya dalam diam. Sedih dan gembira lelaki itu, dia turut rasai.

Tidak lama selepas situ, Eun Jung dapat mendengar tapak kaki yang mula menghampiri dirinya. Dia mendongak. Ji Woong sudah berdiri di hadapannya. Mata lelaki itu berkaca. Pantas Eun Jung bangun dan belum sempat dia membuka mulut, badannya ditarik masuk ke dalam pelukan.

Perlahan-lahan tangan Eun Jung melingkar pada badan Ji Woong. Rapuh hatinya mendengar esakan kecil lelaki itu.

"Thank you."

Eun Jung menguntum senyuman. Dia hanya membalas dengan anggukan kecil.

OG : CRUSH 으깨다 ° ZB1 JIWOONGDär berättelser lever. Upptäck nu