25 🧡

41 20 0
                                    

"Seronoklah bergurau macam tu?" Soal Ji Woong pada lelaki di bangku itu. Eun Jung berdiri di belakang Ji Woong.

"Kau ni rilek la, bukan aku ada buat apa-apa pun." Ujar lelaki itu selamba. Wajah serius Ji Woong hanya ditatapnya biasa.

"Lainlah kalau aku sentuh dia ke apa ke.."

"Kau–"

"Ji Woong,"

Segera Eun Jung memaut lengan Ji Woong apabila dia cuba menerpa ke arah lelaki tua itu. Ji Woong menoleh, melihat Eun Jung yang menggeleng perlahan.

Lelaki tadi dipandang Ji Woong kembali. "Pergi dari sini sebelum perkara buruk terjadi pada kau."

Ugutan Ji Woong itu membuatkan lelaki itu mendengus kasar. Kalau ikutkan hati, dia mahu melawan sahaja Ji Woong tetapi melihat wajah serius lelaki itu membuatkan dia agak gerun. Lantas dia berlalu pergi.

"Terima kasih." Ucap Eun Jung perlahan. Mata Ji Woong menumpu pada bahagian skirt Eun Jung yang terkena tumpahan kuah tteokbokki tadi.

"Saya pergi tandas sekejap." Ujar Eun Jung.

"Awak dah ada ke?"

"Huh?"

"Yang tu.."

"Tak, tak. S-saya tak perlukan." Tergagap Eun Jung. Dia faham maksud Ji Woong itu. Pasti bertanya tentang pad.

Tanpa membuang masa, Eun Jung menuju ke tandas. Ingin sahaja dia menekup mukanya sekarang kerana malu. Bukan dia sahaja yang malu, Ji Woong pun turut sama. Eun Jung boleh lihat wajah segan Ji Woong yang sedang bertanya tadi sambil menggosok belakang tengkuk.

Setelah beberapa minit di dalam tandas, Eun Jung keluar. Dia mengeluh kecil. Memang dia sudah cuci skirtnya namun kesan merah masih melekat di situ.

"Jung,"

Eun Jung terus berpaling. Rupanya Ji Woong, menunggunya di luar tandas.

"Seganlah saya nak balik dengan skirt saya macam ni." Spontan Eun Jung mengadu. Dia mencebik, memerhati skirt putihnya yang kini kelihatan tompokan merah.

Hujung bibir Ji Woong menaik melihat wajah cemberut gadis itu. Jaket hitam dari badannya ditanggalkan dan tanpa amaran dia menarik Eun Jung merapatinya. Jaket tadi dililit pada pinggang gadis itu.

"Pinjamlah dulu." Ujar Ji Woong. Eun Jung terkebil-kebil. Tindakan tadi terlalu cepat sehingga fikirannya tidak dapat memproses dengan baik.

"Jung,"

"Ya?"

Senyap. Eun Jung menelan liur.

OG : CRUSH 으깨다 ° ZB1 JIWOONGWhere stories live. Discover now