26 🧡

39 19 0
                                    

"Jung,"

"Ya?"

Senyap. Eun Jung menelan liur, rasa tidak selesa direnung lama oleh Ji Woong.

"Tak ada apa. Saya pulang dulu. Take care."

Senyuman manis dilontarkan pada gadis itu sebelum dia berlalu pergi. Jika diikutkan hati yang merindui gadis itu, sudah pasti dia akan menggunakan kesempatan ini untuk berlama di situ bersama Eun Jung. Tetapi dia rasakan yang Eun Jung tidak sudi berjumpa dengannya.

Pemergian Ji Woong hanya diperhatikan dengan anak mata. Tidak sangka sekejap sahaja waktu mereka bersemuka. Tipulah kalau kata Eun Jung tidak merindui lelaki itu. Crush dia, buah hati dia. Sudah pasti dia rindu.

Jaket Ji Woong yang melilit di pinggangnya direnung. Terbit senyuman kecil di bibirnya. Sekurang-kurangnya ada sesuatu yang lelaki itu tinggalkan buatnya.

•••

"Aku jumpa dengan Eun Jung semalam."

Gerakan Hansol yang sedang menulis itu terhenti. Dia berpaling pada Ji Woong yang nampak bersahaja.

"Jumpa?"

"Terserempak."

"Dekat mana?"

"Tasik."

Terangguk-angguk kepala Hansol. Kerjanya tadi membuat kerja sekolah yang tidak siap tergendala, fokus pada kawannya itu.

"Lepas tu apa jadi?"

"Tak ada jadi apa-apa pun. Sekejap je."

"Ish kau ni. Biarlah borak dengan dia lama-lama. Kau rindu dia, kan?" Tanya Hansol sebelum tersengih kecil. Ji Woong ketawa kecil.

"Yang rindu tu kau. Hampir setiap hari kau tanya pasal dia."

"Eleh, dia rindu tak nak mengaku." Hansol mengguling anak mata.

Ji Woong hanya tersenyum kecil. Ya, dia rindukan Eun Jung. Rindu mahu berkongsi masalah dengan gadis itu. Entah mengapa, dia rasa selesa meluahkan masalah dirinya pada gadis itu. Seolah Eun Jung dapat memahami dirinya.

Bila mereka tidak berjumpa, Ji Woong tidak tahu mahu berkongsi masalahnya dengan siapa. Sebab itu dia rasa gembira semalam apabila terjumpa dengan Eun Jung. Ingin sahaja dia memeluk gadis itu tetapi dia sabarkan diri.

Ji Woong, Ji Woong.

OG : CRUSH 으깨다 ° ZB1 JIWOONGWhere stories live. Discover now