05 🧡

48 19 0
                                    

Pintu kereta ditutup sebelum matanya menangkap figura kawan baiknya yang baru memasuki pintu pagar sekolah. Pantas dia mengejar langkah gadis itu.

"Jung!"

Byeol memperlahankan larian apabila dia dan Eun Jung mula berjalan beriringan.

Mereka berbalas senyuman. Byeol mengemam bibir sambil bermain dengan jarinya.

"Kau benci aku ke?"

Eun Jung berhenti berjalan sebelum berpaling pada Byeol. Dia faham maksud kawannya itu.

"Tak, aku tak benci kau. Tak akan sebab itu aku mula bencikan kau, kan?" Eun Jung senyum lebar seraya memeluk bahu Byeol. Kaki mereka masih berjalan menuju ke kelas.

"Jadi.. kau tak marahkan aku?" Perlahan Byeol bertanya. Dengan yakin Eun Jung menggeleng kepala.

Tiada guna dia mahu marah ataupun berasa tidak puas hati. Ji Woong sukakan Byeol dan tiada hak dia mahu halang. Dia juga tiada hak mahu menghalang Byeol membalas perasan lelaki itu.

Lagi pula siapa sahaja yang tidak mahu membalas perasaan lelaki kacak seperti itu, kan?

"Macam mana sekarang? Kau dengan dia." Tanya Eun Jung, seolah berminat untuk mengambil tahu perkembangan pasangan itu.

Byeol mula tersenyum malu. Eun Jung menunjal lembut pipi gadis itu membuatkan kawannya itu menjeling manja.

"Semalam, waktu pulang sekolah. Dia tunggu aku dekat pintu pagar. Dia teman aku balik." Cerita Byeol. Senyuman di bibir dari tadi tidak lekang terukir.

Eun Jung hanya tersenyum nipis mendengar cerita daripada Byeol itu. Suka dia melihat senyuman gembira pada wajah kawannya itu.

Mahu tidak mahu, dia harus hapuskan perasaan suka pada Ji Woong yang dia pendam selama tiga tahun ini.

OG : CRUSH 으깨다 ° ZB1 JIWOONGWhere stories live. Discover now