18 🧡

39 18 0
                                    

"Byeol, tak boleh ke bercakap dalam kelas je?"

Sampai sahaja di kelas, tiba-tiba sahaja Byeol datang dan menarik tangannya. Dia risau melihat wajah serius kawannya itu. Apa pula yang berlaku kali ini?

Pertanyaan Eun Jung tadi tidak dipedulikan Byeol. Dia terusan menarik tangan gadis itu sehingga sampai di belakang sekolah. Wajah Eun Jung ditatapnya dengan rasa kecewa.

"Aku baru nak berbaik dengan kau, nak lupakan masalah kita sebelum ni. Tapi kau musnahkan semuanya."

"A-aku tak faham."

Beg dibuka lalu beberapa keping gambar dilempar ke arah Eun Jung lalu jatuh ke lantai.

"Tengoklah apa yang kau dah buat."

Eun Jung masih bingung. Perlahan-lahan dia menunduk dan mengutip dua keping gambar. Dia perhatikan gambar-gambar tersebut sebelum dia tergamam.

Gambar dia dan Ji Woong berciuman tempoh hari.

"S-siapa yang hantar dekat kau ni?"

"Siapa yang hantar aku tak nak ambil tahu. Sekarang kau nak bagi alasan apa lagi?"

Mata Byeol berkaca. Sedih. Kecewa. Rasa ditikam dari belakang.

"Kau salah faham ni, Byeol. Aku dan Ji Woong tak ada apa-apa pun." Eun Jung cuba mendekati Byeol tetapi gadis itu berundur ke belakang. Melihat kawannya itu mengalirkan air mata, dia turut rasa sebak.

"Aku tak salahkan kau kalau kau kata kau masih sukakan Ji Woong tapi kau tipu aku, Jung. Kau tipu aku. Berlagak macam kau restu hubungan aku dengan Ji Woong tapi belakang aku? Kau cuba nak rampas dia daripada aku."

Eun Jung menggeleng pantas dan air mata akhirnya keluar.

"Byeol.."

"Sudahlah, Jung. Aku tak nak dengar apa-apa lagi dari kau. Kalau kau sayangkan aku, jauhkan diri kau daripada kami. Ji Woong sukakan aku. Kau kena terima."

Byeol tahu ayat yang dilontarkan itu kedengaran kejam tetapi emosinya telah menguasai dirinya sekarang. Kemudian dia berlalu pergi sambil mengesat matanya yang berair.

Eun Jung jatuh terduduk sambil menangis teresak-esak. Tidak sangka hubungan mereka retak seperti ini. Kawan baiknya sendiri sudah kehilangan kepercayaan pada dirinya.

OG : CRUSH 으깨다 ° ZB1 JIWOONGWhere stories live. Discover now