12 🧡

45 21 0
                                    

Sikap Byeol yang melayan Eun Jung acuh tidak acuh telah menimbulkan rasa pelik dalam diri gadis itu. Sudah ditanya apa dia ada buat silap, tetapi gadis itu hanya menjawab tiada apa-apa.

Eun Jung yakin pasti ada sesuatu yang tidak kena. Kalau tidak Byeol tidak akan melayannya dingin seperti itu.

Waktu pulang. Tanpa menunggu Eun Jung siap mengemas, Byeol terlebih dahulu keluar dari kelas. Tidak sama seperti sebelum ini, menunggu untuk pulang bersama-sama.

Eun Jung mengeluh. Sah, pasti ada sesuatu yang berlaku tetapi masalahnya sekarang dia sendiri tidak tahu apa penyebabnya.

Siap mengemas, Eun Jung berjalan berseorangan menuju ke pintu pagar sekolah. Sungguh dia berasa bosan kerana tiada teman untuk dia berbual sambil pulang ke rumah.

Tiba-tiba Eun Jung berhenti. Dia mencebik. Hidungnya rasa pedih dan matanya mula berkaca. Biarlah orang mahu kata dia manja, tetapi dia rasa sedih dengan hubungannya dengan Byeol sekarang. Apa punca pun dia tidak tahu.

Eun Jung duduk mencangkung, menekup mukanya pada lutut. Keadaan sekeliling tidak dihiraukan, lagi pula jalan yang dia lalu itu memang jarang ada orang.

Esakan mula kedengaran. Gadis itu mula menangis.

"Hey sweetie. Why are you crying?"

Perlahan-lahan Eun Jung mengangkat kepala. Seorang lelaki turut sama mencangkung di hadapannya. Rasa pernah lihat.

Oh. Kawan Ji Woong tempoh hari. Name tag pada baju lelaki itu dilihat.

Chwe Hansol.

Segera Eun Jung bangun diikuti lelaki itu. Baru dia mahu mengesat air matanya, Hansol menahan. Sapu tangan dari poket seluar diambil lalu dihulur pada gadis itu.

"Nah. Lap air mata awak."

Tidak menolak, Eun Jung malah mengambil.

"Thanks." Air matanya dilap.

"Nanti saya pulangkan." Ujar Eun Jung, mengangkat sedikit sapu tangan tadi. Hansol mengangguk.

"Saya tak tahu punca awak menangis tapi,"

Hansol mencapai pergelangan tangan Eun Jung.

"Mari, saya belanja awak makan untuk happy kan hati awak."

Lalu ditarik Eun Jung sesuka hatinya.

OG : CRUSH 으깨다 ° ZB1 JIWOONGWhere stories live. Discover now