15 🧡

49 21 2
                                    

Buku di depan hanya ditatap kosong oleh Eun Jung. Fikirannya melayang memikirkan hubungan dia dan kawan baiknya. Sudah dua hari dia dan Byeol tidak bercakap seperti biasa. Ada pun kerana berurusan mengenai sekolah sahaja.

Tidak sangka hanya kerana seorang lelaki, hubungan persahabatan mereka menjadi seperti ini. Dia harus yakinkan Byeol yang dia tiada niat untuk merampas Ji Woong daripada gadis itu.

Lamunan Eun Jung terhenti apabila telefonnya berdering. Nombor tidak dikenali. Dia angkat.

"Awak!"

Segera Eun Jung menjauhkan telefon dari telinganya. Boleh pekak telinganya mendengar jeritan kuat seperti itu.

"Siapa?" Gadis itu bertanya.

"Saya ni, Hansol."

"Hansol?"

"Ya, ya saya. Tolong datang sini."

"Huh?"

"Datang sekarang tau. Nanti saya hantar location."

Talian dimatikan.

Berkerut muka Eun Jung. Dia bingung sekarang. Satu, dari mana Hansol mendapatkan nombornya. Dua, apa sebab dia harus berjumpa dengan lelaki itu.

Ting!

Mesej masuk. Location yang dihantar Hansol.

Eun Jung yang masih bingung tetap bangun menuju ke almari, mencari hoodie. Pergi sahajalah. Mungkin lelaki itu dalam masalah.

•••

Terkedip-kedip mata Eun Jung melihat Hansol dan Ji Woong silih berganti. Yang satu nampak normal siap tersengih lagi, yang satu lagi dalam keadaan separuh sedar.

"K-kenapa dengan.."

"Mabuk."

"Oh."

Eun Jung masih berdiri di hadapan meja yang diduduki oleh dua lelaki itu.

"Dia stres. Masalah family kot. Minum tak ingat dunia. Tengoklah sekarang, mabuk." Cerita Hansol. Dia dan Eun Jung perhatikan sahaja Ji Woong yang menyembamkan muka pada permukaan meja.

"Jadi.. kenapa suruh saya datang sini?" Tanya Eun Jung. Hansol tersengih.

"Saya tak boleh nak hantar dia. Mama dekat rumah dah cari saya. Ni saya keluar pun, tak beritahu."

Bertuah punya Hansol. Eun Jung mengutuk lelaki itu dalam hati. Habis sekarang dia lah yang bertangungjawab untuk hantar Ji Woong balik?

Eun Jung mengemam bibir. Dia sedaya upaya untuk menjauhkan diri daripada lelaki itu tetapi sekarang..

"Tolong eh?" Hansol merayu. Eun Jung mengeluh.

"Iyalah."

OG : CRUSH 으깨다 ° ZB1 JIWOONGWhere stories live. Discover now