04 🧡

54 18 0
                                    

Beberapa beg plastik di tangan diletakkan di atas meja. Baru selesai membeli-belah. Banyak barang dapur yang habis. Nasib baik dia ada meminta duit belanja daripada mamanya semalam.

"Choi Eun Jung! Turun sekarang! Bantu aku masak!" Laung Seungcheol. Tangannya ligat membuka beg plastik dan mengeluarkan barang-barang satu persatu.

Selepas selesai memasukkan barang basah ke dalam peti sejuk, Seungcheol menjengulkan kepalanya melihat ke arah tangga. Kelibat Eun Jung masih lagi tidak kelihatan.

"Yah! Eun Jung! Bantu aku kalau tak kau tak payah makan!"

"Aku dekat sini."

Terkejut Seungcheol mendengar suara Eun Jung dari arah ruang tamu. Segera dia berpaling melihatkan adiknya yang sedang menonton televisyen.

"Aku ingat kau dekat atas. Panggil tak menyahut." Ujar Seungcheol seraya melangkah ke ruang tamu. Dihempas tubuhnya ke atas sofa, mahu rehat sebentar.

"Kata nak masak?"

"Bagi aku rehat sekejap."

Seungcheol mencapai remote lalu ditukarkan kepada siaran yang lain. Eun Jung yang membiarkan sahaja, lagi pula dia bukan layan tv tetapi hanya termenung jauh.

Byeol. Dia fikirkan kawannya itu.

Selepas Byeol menanya tentang perasan Eun Jung tadi, tiba-tiba guru yang mengajar masuk dan Eun Jung tidak sempat menjawab.

Sejak itu juga mereka banyak berdiam diri. Entah mengapa. Eun Jung rasa kekok untuk melayan Byeol seperti biasa kerana kawannya itu tahu yang dia ada hati pada Ji Woong sedangkan lelaki itu ada hati pada kawannya. Ah susah!

"Okey tak ni?" Tanya Seungcheol. Dia perasan sejak kebelakangan ini Eun Jung asyik diam sahaja, tidak mencari gaduh dengannya seperti selalu.

Eun Jung mencebik, sedih. Lagi sedih bila Seungcheol menanya dirinya seperti itu.

"A-aku nak share masalah aku, boleh ke?"

Seungcheol ketawa kecil. Sejak bila adiknya sudah pandai meminta izin?

Rambut Eun Jung digosoknya.

"Ceritalah. Aku dengar."

OG : CRUSH 으깨다 ° ZB1 JIWOONGWhere stories live. Discover now