02 🧡

77 19 0
                                    

Tumpuan Seungcheol pada televisyen agak terganggu. Bunyi bebelan yang tidak jelas dari Eun Jung di sebelah menarik perhatian lelaki itu.

"Dik, aku nak tengok tv ni. Tolong diam." Tanpa berpaling, Seungcheol bersuara. Tangannya ligat menyumbat snek ke dalam mulut.

Namun suruhannya tadi tidak dihiraukan. Seungcheol berdecit halus. Dia menoleh memandang Eun Jung yang tengah membebel tidak jelas dan perlahan. Riak wajah gadis itu kelihatan tidak berpuas hati.

"Choi Eun Jung. Kau kenapa?"

Akhirnya Eun Jung tersedar dari dunianya.

"Huh apa dia?"

"Kau marahkan siapa?" Tanya Seungcheol. Eun Jung mendengus.

"Tak ada sesiapa pun."

"Aku kenal kau bukan sehari dua. Aku kenal kau sejak kau kecil yang suka kencing atas ti–"

"Itu dah melebih." Eun Jung menjeling sebelum mencebik. Seungcheol kembali menonton tv. Malas mahu melayan.

Eun Jung mula mengelamun. Tidak sangka lelaki yang dia minat selama ini menyukai gadis lain. Kim Ji Woong, lelaki yang serba hebat di sekolah. Pelajar cemerlang. Ketua pelajar. Ketua bola keranjang. Lelaki itu cukup sempurna. Sakit lagi hatinya apabila gadis yang disukai Ji Woong itu adalah kawan baiknya sendiri.

Kotak kecil bersama surat pemberian Ji Woong dua hari lepas masih dia simpan. Bukan dia tidak mahu sampaikan kepada Byeol cuma.. dia belum bersedia. Dia tidak kejam lagi untuk membuang atau tidak memberi terus kepada kawannya itu.

Apa reaksi Byeol nanti apabila dia tahu lelaki popular di sekolah ada hati padanya?

Sudahlah Byeol tahu yang Eun Jung sukakan Ji Woong. Parah.

OG : CRUSH 으깨다 ° ZB1 JIWOONGWhere stories live. Discover now