14 🧡

45 21 0
                                    

Loceng rumah ditekan sebanyak dua kali. Tidak lama kemudian, pintu dibuka dan muncul seorang wanita separuh abad.

"Eh Eun Jung. Nak jumpa Byeol ke?" Puan Han bertanya sebaik melihat Eun Jung yang datang.

"Ya, aunty. Dia ada?"

"Ada ada. Pergilah naik."

Selepas itu Puan Han membawa diri ke dapur, Eun Jung pula menaiki tangga menuju ke bilik Byeol.

Pintu bilik diketuk dan tanpa menunggu lama, suruhan untuk masuk kedengaran.

"Byeol, aku datang." Tegur Eun Jung. Byeol yang berada di meja belajar berpaling. Riak wajahnya berubah, seolah terganggu dengan kehadiran kawannya itu.

"Ada apa datang?"

"Kau tak suka aku datang ke?"

Byeol hanya diam. Eun Jung mendekati lebih rapat.

"Kenapa layan aku macam ni? Apa salah aku? Aku tak suka hubungan kita jadi macam ni." Terus-terang Eun Jung. Dia berdiri di hadapan Byeol yang sedang duduk itu.

Byeol diam seketika sebelum membuka mulut. "Sebab kau tikam belakang aku?"

"Huh? Aku buat apa?"

"Aku nampak malam tu. Kau dengan Ji Woong berpelukan depan rumah kau."

Kening Eun Jung berkerut. Bila masa..

Oh. Malam itu. Malam yang dia menemani Ji Woong.

"Kau janji dengan aku untuk support hubungan aku dengan Ji Woong tapi kau sendiri yang–"

"Tak, Byeol. Itu cuma salah faham."

"Itu je alasan bila orang tertangkap, kan?"

Pantas Eun Jung menggeleng.

"Percayalah cakap aku. Malam tu, kami berdua tak sengaja berjumpa dekat taman. Dia teman aku balik. Itu je."

"Kau suka lah, kan?"

"Byeol.."

"Mestilah kau suka sebab kau ada hati pada dia."

Byeol berpaling ke arah lain. Dia cuba menahan emosinya tetapi tidak mampu.

Kecewa hati Eun Jung mendengarkan itu. Kawan baik sendiri tidak mempercayai dirinya.

"Aku minta maaf. Tapi percayalah, aku tiada niat apa-apa pun. Aku janji, aku tak akan ambil tahu pasal dia lagi." Ujar Eun Jung sebelum dia keluar.

Byeol meraup wajahnya. Rasa bersalah.

OG : CRUSH 으깨다 ° ZB1 JIWOONGWhere stories live. Discover now