13 🧡

44 20 0
                                    

Hansol hanya tersenyum melihat Eun Jung yang sedang memakan ramen. Dia belanja. Sekarang mereka berada di sebuah mini mart, duduk di satu meja menghadap cermin lut sinar yang menampakkan suasana di luar.

"Cute."

"Huh?"

Eun Jung berpaling, mulutnya masih mengunyah. Hansol ketawa kecil. Dicapainya tisu lalu hujung bibir gadis itu dilapnya.

"Makan pun comot." Ujar Hansol. Eun Jung tersengih lalu menyambung makan.

"Kenapa menangis tadi?"

Pertanyaan daripada Hansol itu membuatkan kunyahan makanan dalam mulut Eun Jung menjadi perlahan.

"Tak apa, jangan jawab. Sambung makan." Ujar Hansol apabila perasan riak wajah gadis itu berubah.

Air mineral diteguk seketika sebelum berpaling menghadap lelaki itu.

"Kawan saya. Dia macam.. tak nak layan saya. Dia abaikan saya. Saya tak tahu kenapa. Saya dah tanya saya ada buat salah ke tapi dia kata tak ada." Cerita Eun Jung dengan nada sedih.

"Bagi dia masa. Mungkin dia ada masalah peribadi, kan? Ataupun nanti ajak dia bincang elok-elok, ya?"

Eun Jung angguk perlahan. Rasa terharu apabila lelaki itu mengambil berat walhal ini kali pertama mereka keluar bersama.

"Kawan awak yang mana satu? Girlfriend Ji Woong?" Hansol menanya dan mendapat anggukan kecil daripada gadis itu.

"Panjang pun umur mereka, baru je sebut." Ujar Hansol tiba-tiba. Matanya menghala ke hadapan.

Eun Jung mengalihkan pandangan ke arah tempat yang dilihat Hansol. Rupanya Byeol bersama Ji Woong, berada di seberang jalan.

Sedang berpegangan tangan.

Eun Jung menunduk. Keluhan berat dilepaskan. Entah mengapa dia rasa emosi sekarang. Rasa ingin menangis sahaja. Dua sebab. Pertama, memikirkan hubungan cinta antara Ji Woong dan Byeol. Kedua,teringat akan hubungan dia dan kawannya itu sekarang tengah bermasalah.

"Awak, saya nak balik." Eun Jung mula bangun lalu disangkut begnya pada bahu. Hansol segera memaut tangan gadis itu.

"Saya teman awak balik."

Eun Jung mengangguk sahaja.

OG : CRUSH 으깨다 ° ZB1 JIWOONGWhere stories live. Discover now