17 🧡

41 21 0
                                    

"Jung,"

Gadis itu tersentak kecil. Dia mendongak.

"Kenapa, ma?"

"Dari tadi mengelamun. Jung okey ke?" Puan Choi bertanya risau. Dari tadi lagi dia melihat anaknya itu menunduk walhal tali kasut sudah lama siap diikat.

Eun Jung pamer senyuman nipis. "Jung okey je."

Puan Choi menggeleng kepala perlahan.

"Jangan lengahkan masa. Lama dah kawan kamu menunggu."

Kawan?

Segera Eun Jung berpaling ke pintu pagar rumah dan apabila figura Ji Woong menjamah deria penglihatannya, segera dia bangun dari duduk. Dia terkebil-kebil sebelum menoleh pada mamanya.

"Ma, Jung gerak pergi sekolah dulu eh?"

"Hati-hati."

Selepas bersalaman, Eun Jung menghampiri Ji Woong.

"K-kenapa datang sini?"

Ji Woong senyum nipis.

"Maaf, datang menganggu. Saya singgah sini sekejap sebelum saya pergi rumah Byeol."

Eun Jung angguk kecil sahaja. Dia sememangnya tahu Byeol dan Ji Woong akan ke sekolah bersama-sama setiap pagi. Cuma yang pelik hari ini, lelaki itu datang ke rumahnya.

"Saya.." Ji Woong mengemam bibir. Eun Jung hanya menunggu. Hatinya berdebar.

"Saya nak minta maaf tentang apa yang terjadi malam itu."

Sudah Eun Jung sangka, pasti Ji Woong datang ke sini kerana hal itu.

Ji Woong melihat wajah Eun Jung dengan tatapan berharap. Berharapkan gadis itu memaafkan dirinya. Dia salah, cium anak dara sesuka hatinya. Walaupun dia dalam keadaan tidak sedar sepenuhnya waktu itu, dia tetap rasa bersalah.

"Lupakan saja." Eun Jung menoleh ke arah lain.

"Tak mudah untuk lupakan tu, Jung. Saya–"

"Habis tu awak nak apa lagi? Awak minta maaf dan saya terima, cukuplah kan?"

Eun Jung menoleh pada Ji Woong semula. Lelaki itu terdiam.

"Ji Woong,"

Keluhan berat dilepaskan.

"Lepas ini saya rasa kita tak perlu berjumpa lagi. Saya tak nak Byeol salah faham tentang kita."

Ji Woong kelu lidah. Dia tahu dia salah. Tapi.. dia teringat akan janji Eun Jung yang akan selalu ada dengannya. Hanya Eun Jung sahaja yang tahu masalah keluarganya.

Tanpa menunggu lama lagi, Eun Jung berlalu pergi.

OG : CRUSH 으깨다 ° ZB1 JIWOONGWhere stories live. Discover now