06 🧡

50 19 0
                                    

Eun Jung terjaga daripada tidur apabila terdengar deringan telefon di atas meja lampu. Rasa berat kepala dia mahu bangun. Demam.

Tangan dipanjangkan mencapai telefon. Nama Byeol tertera lalu diangkat.

"Kau free tak hari ni?" Suara Byeol kedengaran.

"Hari cuti memang free tapi aku demam. Nak pergi mana-mana ke?"

"Laaa kau demam ke? Tak apalah."

"Kenapa? Beritahulah."

"Uhm.. Ji Woong ajak aku keluar petang ni. Tapi aku seganlah nak keluar berdua dengan dia sebab tu aku nak ajak kau teman sekali."

Eun Jung terdiam sebentar sebelum dia mencelikkan mata seluasnya. Kalau diajak semestinya dia mahu. Sekurang-kurangnya bolehlah dia lihat lelaki itu.

Pantas Eun Jung menggeleng kepala. Mana boleh! Kata mahu move on?

"Tapi kau demam jadi.."

"Aku boleh. Demam aku semakin surut lagi pun petang baru nak pergi, kan?"

Memang mahu move on tapi hatinya berat mahu membiarkan mereka keluar berdua sahaja.

Dalam pada itu, Seungcheol memasuki bilik Eun Jung dengan membawa ubat dan segelas air kosong. Dia duduk di birai katil sambil menunggu adiknya selesai berbual.

Talian dimatikan.

"Tu ubat, jangan lupa makan." Seungcheol menjuihkan bibirnya ke arah meja lampu sebelah dengan meja.

"Abang,"

"Apa?"

"Petang ni aku nak keluar boleh kan?"

"Mana boleh. Kau demam, sibuk nak keluar dah kenapa?"

Eun Jung mencebik. Geram melihat wajah serius Seungcheol. Waktu dia sakitlah abangnya akan terlebih mengambil berat.

"Nak pergi mana?" Tanya Seungcheol.

"Byeol ajak teman dia keluar. Dengan Ji Woong." Ayat terakhir itu Eun Jung perlahankan.

"Ji Woong? Buat apa kau nak pergi dan akhirnya kau akan sakit hati juga?"

Eun Jung tidak boleh nafikan apa yang dikatakan Seungcheol itu benar.

"Makan ubat. Tak payah pergi mana-mana." Pesan Seungcheol. Eun Jung mengangguk perlahan.

Biarlah, dia tidak patut menganggu hubungan mereka.

OG : CRUSH 으깨다 ° ZB1 JIWOONGDonde viven las historias. Descúbrelo ahora