23 🧡

38 19 0
                                    

"Apa yang saya tahu, mereka selalu bergaduh. Tak persefahaman. Jadi mereka buat keputusan untuk putus. Tapi hubungan mereka elok je lepas tu, tak bermasam muka atau pun tak menegur langsung. Mereka jadi kawan biasa."

Penceritaan Hansol itu mendapat anggukan kecil daripada Eun Jung.

"K-kenapa mereka bergaduh?" Tanya Eun Jung, rasa ingin tahu.

"Tak pasti juga. Tapi yang saya tahu, Ji Woong jarang luang masa dengan Byeol. Dia macam.. ada masalah. Byeol pula selalu nak ada dengan Ji Woong jadi bila si Ji Woong ni asyik hilangkan diri je, bergaduh lah jawabnya."

Sekali lagi Eun Jung mengangguk faham.

"Awak tak try tanya ke Ji Woong, dia ada masalah apa?"

"Ada juga tapi dia macam tak nak share je masalah dia. Saya tak nak paksa."

Terus lengan Hansol mendapat pukulan daripada Eun Jung.

"Paksa jelah dia cerita." Marah Eun Jung. Hansol pula menggosok lengannya sambil mencebik.

"Dah member tak nak bagitahu, tak akanlah nak terhegeh menyibuk macam tu."

"Takkanlah awak tak risau, kawan awak tu."

"Hei sweetie. Awak nak melebih dah kenapa? Nak tahu sangat, awak jelah pergi korek masalah dia." Ujar Hansol sebelum menjeling gadis itu. Eun Jung membalas.

"Lagi satu, dia ada tanya pasal awak. Dia tanya awak pindah mana. Saya pun tak tahu."

"Sekarang awak dah tahu, kan?"

"Nak bagitahu sekarang ke?"

Segera Eun Jung menahan tangan Hansol yang baru mahu mengambil telefon dari poket seluar. Gadis itu menggeleng dan Hansol menjauhkan tangan dari poket seluarnya.

Kalau ikutkan kata hati, sejujurnya dia rindukan Ji Woong. Byeol pun sama. Tapi buat masa sekarang dia masih belum bersedia mahu berjumpa dengan mereka. Entah mengapa, segan barangkali. Satu, dia dan Byeol bergaduh sebelum mereka berpisah. Dua, mengingatkan Ji Woong lelaki yang disukainya dalam diam. Siapa sahaja yang tidak segan.

"Esok jumpa Ji Woong, saya bagitahu dia pasal awak." Hansol tersengih dan sebelum terjadi apa-apa, dia segera bangun dan berlari anak.

"Hansol!!"

OG : CRUSH 으깨다 ° ZB1 JIWOONGWhere stories live. Discover now