22 🧡

38 19 1
                                    

Selepas membeli dua batang aiskrim di mini mart, Hansol mengajak Eun Jung ke sebuah taman. Bangku di bawah sebatang pokok rendang diduduki mereka.

Mereka senyap melayan aiskrim masing-masing sambil memerhati budak-budak yang sedang seronok bermain.

"Sini,"

Hansol bangun dan meminta pada Eun Jung plastik aiskrim yang sudah kosong lalu tong sampah berdekatan dihampiri.

Mata Eun Jung meliar melihat kawasan taman itu sehingga terhenti pada sebuah buaian. Dia jadi teringat akan Ji Woong.

Hansol kembali. Lamunan Eun Jung terhenti. Dia tertanya-tanya khabar Ji Woong. Dan khabar kawannya.

"Sampai hati kan awak tak beritahu awak pindah."

"Huh?"

"Tahu tak berapa sedihnya saya bila kawan sekelas awak beritahu yang awak dah pindah sekolah?" Hansol tayang muka sedih. Berkerut muka gadis itu.

"Uhm.. saya tak ada niat pun nak beritahu sesiapa. Maaflah kalau buat awak sedih macam tu." Ujar Eun Jung. Hansol mengangguk perlahan.

"Tak apa. Lagi pula sekolah kita tak ada lah jauh sangat. Rumah awak pun saya dah tahu. Bolehlah jumpa lepas ni."

Eun Jung tersenyum, membalas senyuman lelaki itu. Tidak sangka masih ada yang mahu sudi berjumpa dengan dirinya walaupun dia sudah berpindah. Lagi-lagi mereka baru sahaja kenal.

"Sweetie. Lelaki yang dekat rumah awak tadi tu.. abang awak eh?"

"Haah. Kenapa?"

Hansol mula teringat akan kejadian tadi di mana dia datang rumah menanya keberadaan Eun Jung. Agak seram juga dia rasa apabila Seungcheol merenung dirinya tanpa henti dari atas hingga bawah seolah dia tengah buat salah.

"Saja tanya." Hansol geleng kecil.

Eun Jung mengemam bibirnya, mahu menanya sesuatu.

"Ji Woong dengan Byeol macam mana? Sihat ke dia orang?" Tanya Eun Jung.

"Sihat je. Byeol kata dia rindu awak."

Hujung bibir Eun Jung menaik. Senang hati mendengarkan itu.

"Tapi kan sayang lah dia orang dah putus."

"P-putus?"

"Hm."

Eun Jung terdiam.

OG : CRUSH 으깨다 ° ZB1 JIWOONGDonde viven las historias. Descúbrelo ahora