11 🧡

48 20 0
                                    

Eun Jung bersimpati dengan nasib malang yang ditimpa Ji Woong. Tekun dia mendengar cerita daripada lelaki itu. Masalah keluarga. Katanya ibu bapanya ingin bercerai. Dia sebagai anak tidak mampu untuk memulihkan hubungan mereka, sebab itu dia merasakan dia anak yang tidak berguna.

Sunyi. Mereka masing-masing senyap setelah Ji Woong selesai meluahkan semuanya pada Eun Jung. Hanya bunyi cengkerik sahaja yang kedengaran. Waktu hampir menginjak jam 12 pagi.

Tangan dipanjangkan sedikit menggosok bahu lelaki itu, memberi semangat.

"Awak kena kuat. Jangan rasa diri awak tak berguna." Pesan Eun Jung, prihatin. Mereka membalas senyuman.

"Saya akan ada dengan awak. Teman awak jika awak perlu." Ujar gadis itu dengan ikhlas. Hanyut dengan perasaannya.

Pantas Eun Jung menggeleng, menyedari kata-katanya tadi. Apa hak dia mahu selalu ada dengan lelaki itu?

"Thanks." Balas Ji Woong. Dia menilik jam tangannya sebentar.

"Dah lewat. Mari saya hantar awak balik."

Tanpa banyak kata, mereka bangun dari bangku lalu meninggalkan kawasan taman permainan itu.

"Uhm.. hubungan awak dengan Byeol macam mana sekarang?" Saja-saja Eun Jung bertanya, ingin mengelakkan kesunyian melanda antara mereka.

"Baik sahaja." Jawab Ji Woong dengan pendek. Eun Jung kemudian senyap, tidak mahu membahas tentang hubungan mereka lagi. Nampak gayanya lelaki itu seolah tidak berminat untuk bercerita tentang hubungan mereka.

Sampai di rumah. Eun Jung menghadap Ji Woong.

"Terima kasih sebab awak percayakan saya untuk awak kongsikan masalah keluarga awak tadi."

"Terima kasih juga sebab sudi dengar dan teman saya."

Mereka membalas senyuman. Tidak boleh dinafikan, Eun Jung rasa terharu malam ini. Dapat keluar dengan crush dan mendengar luahan hati lelaki itu.

Entah di mana datangnya sifat berani, Eun Jung memeluk ringan tubuh Ji Woong buat seketika.

"Take care." Ucap Eun Jung, malu-malu. Ji Woong mengangguk kecil lalu meninggalkan kawasan rumah gadis itu.

OG : CRUSH 으깨다 ° ZB1 JIWOONGWhere stories live. Discover now