19 🧡

44 21 0
                                    

Rambut adiknya digosok lembut, menenangkan gadis itu. Dia telah mendengar semuanya yang diceritakan oleh adiknya itu.

"Sabarlah, dik. Aku percaya semuanya akan okey." Pujuk Seungcheol. Eun Jung bangun dari riba abangnya.

"Tak, tak. Semuanya tak akan okey. Byeol dah benci aku. Apa lagi yang boleh aku harapkan?" Mata Eun Jung mula berair kembali. Seungcheol berdecit tidak suka.

"Tak payahlah menangis. Bengkak nanti mata."

Eun Jung mencebik. Dia tahan air matanya jatuh. Dari pulang dari sekolah dan sekarang sudah malam, asyik menangis sahaja kerjanya. Sekarang dia sudah penat. Nanti dibebel oleh abangnya pula.

"Bang,"

"Hm?"

"Boleh tak aku nak pindah sekolah?"

"Pindah? Pindah ke mana pula kau ni?"

"Sekolah kau?"

Seungcheol terdiam dan dalam masa yang sama dia menahan diri daripada memukul kepala adiknya itu.

"Kau lupa ke sekolah aku sekolah lelaki sahaja?"

"Aku boleh pura-pura jadi lelaki."

"Tak payah mengarut mangkuk!"

Terus Eun Jung mencebik. Dia cubit lengan Seungcheol menyebabkan lelaki itu mengaduh sakit.

"Tapi serius ke kau nak pindah?" Tanya Seungcheol. Eun Jung diam.

Bila difikirkan, buat apa lagi dia bersekolah di sana. Byeol sudah tidak menganggap dirinya kawan lagi. Kalau dia masih bersekolah di situ, dia akan berjumpa dengan kawannya itu setiap hari. Sudah pasti Byeol akan mengabaikan dirinya dan Eun Jung tidak sanggup berhadapan dengan situasi seperti itu.

Keluhan dilepaskan sebelum dia mengangguk perlahan.

"Ya, aku serius. Aku nak pindah."

Seungcheol tidak membantah. Dia faham perasaan adiknya sekarang. Kalau itu yang Eun Jung mahukan, dia ikutkan sahaja asalkan adiknya itu baik-baik sahaja.

"Nanti aku beritahu mama dengan papa." Ujar Seungcheol lalu menggosok rambut Eun Jung.

"Sayang betul kau dekat aku." Eun Jung tersengih.

"Kalau aku tak sayang, dah lama aku biarkan kau menangis seorang diri. Beruntung dapat abang macam aku."

Seungcheol mula bangga diri. Dia tunjuk muka angkuh. Eun Jung mengguling anak mata. Menyesal pula dia puji tadi.

OG : CRUSH 으깨다 ° ZB1 JIWOONGWhere stories live. Discover now