27 🧡

41 19 0
                                    

Dari jauh dia dapat melihat dua orang gadis sedang berjalan sambil ketawa. Dia tersenyum nipis. Nafas ditarik panjang sebelum dia mendekati dua orang gadis itu.

"Eun Jung,"

Eun Jung dan Hana serentak berpaling. Ketawa mereka menjadi perlahan. Eun Jung tergamam manakala Hana tertanya-tanya gerangan yang menyapa mereka itu.

"B-byeol?"

Byeol mengangguk perlahan. Rindunya dia pada kawannya itu. Rasa bersalah mencengkam dirinya, mengingatkan perbuatannya pada Eun Jung sebelum ini.

"Kau sudi luang masa dengan aku sekejap?" Tanya Byeol.

Eun Jung dan Hana berpandangan. Hana yang memahami Byeol itu terus mengangguk.

"Kau orang jumpalah. Aku boleh balik."

"Eh sekejap je–"

"Tak apa, tak apa."

Ujaran Byeol terus dipintas Hana. Dia melambai pada dua orang itu sebelum dia berlalu pergi.

"Kau tak rindu aku ke?"

Eun Jung ketawa kecil seraya menunduk. Sempat dia mengutuk diri sendiri dalam hati kerana dia sepertinya ingin menangis.

"Tipulah kalau kata tak rindu." Jawab Eun Jung seraya mendekati Byeol. Mereka berpelukan.

"Jahatnya kau. Kau makin cantik, aku still macam dulu." Gurau Byeol. Eun Jung ketawa kecil.

•••

Mereka mengambil tempat duduk di perhatian bas. Tidak berniat untuk menaiki bas cuma mereka mahu meluangkan masa di situ.

"Sampai hati kau tak beritahu kau nak pindah."

"Aku tak nak beritahu sebab mungkin kau tak sudi nak ambil tahu."

Byeol hanya senyum hambar mendengar balasan Eun Jung itu.

"Aku faham. Kalau aku jadi kau, aku pun marah. Kawan buang kawan, kan?"

"Tapi aku tak buang kau."

"Ya ya je."

Eun Jung mencubit lengan Byeol seraya membesarkan matanya.

"Aku tak sangguplah nak buang kawan aku." Ujar Eun Jung. Byeol tersengih.

Lama mereka berbual mengenai kisah masing-masing.

"Aku dah putus dengan Ji Woong."

Eun Jung tidak memberi balasan. Dia sememangnya sudah tahu.

"Aku.."

Byeol tersengih. Eun Jung kecilkan mata.

"Waktu gaduh tu aku tersalah sebut pasal kau."

"Aku apa?"

"Kau suka dia."

Parah.

OG : CRUSH 으깨다 ° ZB1 JIWOONGWhere stories live. Discover now